awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Malaysia: Kelantan Red Warrior lengkapkan senarai 16 pasukan
Perancis rancang larang media sosial untuk golongan bawah 15 tahun
Struktur organisasi baharu sokong agenda peralihan tenaga, tingkat penyampaian - ST
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LTdL 2025: Rantai putus tidak halang Achik raih kedudukan keenam peringkat kedua

Bernama
Bernama
29/09/2025
22:10 MYT
LTdL 2025: Rantai putus tidak halang Achik raih kedudukan keenam peringkat kedua
Wan Abdul Rahman dinobatkan sebagai Best Asean Rider pada perlumbaan Le Tour de Langkawi 2025 peringkat kedua (Padang Besar - Kepala Batas) di Kepala Batas, 29 Sept 2025. -- fotoBERNAMA
KEPALA BATAS: Pelumba Terengganu Pro Cycling (TSG) Wan Abdul Rahman Hamdan berjaya menamatkan perlumbaan peringkat kedua perlumbaan jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Padang Besar ke Kepala Batas semalam meskipun rantai basikalnya tertanggal pada dua kilometer terakhir.
Wan Abdul Rahman atau dikenali sebagai Achik berkata beliau bangkit untuk mengejar pelumba lain bagi menamatkan perlumbaan pada kedudukan keenam dengan catatan masa tiga jam 29 minit 59 saat (s) untuk muncul pelumba terpantas dari Asia semalam, sekali gus meraih gelaran pelumba terbaik Malaysia dan ASEAN.
"Untuk kedudukan tadi dua kilometer terakhir Achik cuba ikut pelumba Astana tetapi terlepas sebab ada ahli pasukannya himpit dan rantai basikal Achik terjatuh.
"Jadi Achik naikkan balik rantai dan memang banyak guna tenaga untuk kejar pelumba lain dan berjaya dapat jadi pelumba peringkat Asia terbaik hari ini," katanya ketika ditemui selepas perlumbaan.
Ditanya mengenai peringkat ketiga hari ini, beliau mengakui laluan mendaki dari Gerik menuju ke Pasir Puteh bakal menjadi cabaran besar buat dirinya dan pasukan.
Bagaimanapun beliau optimistik rakan sepasukan mampu mengharungi peringkat pendakian khususnya Vadim Pronskiy, Mathias Bregnhoj dan Adne Van Engelen yang dijangka menjadi sandaran TSG.
"Esok saya cuba mencari kedudukan selamat di Bukit Gerik. Kalau terlepas, saya akan cari kumpulan besar untuk sampai ke penamat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelumba basikal
#Wan Abdul Rahman Hamdan
#LTdL 2025
#rantai putus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan