KUALA LUMPUR: Pengekalan status ProSeries membabitkan perlumbaan jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) dalam kalendar perlumbaan 2023 hingga 2025, disifatkan satu perkembangan positif buat sukan itu kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata tindakan tersebut, secara tidak langsung bakal menarik lebih ramai pelumba-pelumba basikal antarabangsa, untuk turut serta dalam perlumbaan jelajah berbasikal tertua Asia itu yang dijadual berlangsung pada 11 hingga 18 Okt depan.
Beliau berkata pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan sentiasa berusaha bagi memastikan LTdL, dapat terus mengekalkan status ProSeries itu.
"Harapan saya lebih banyak pihak dapat memberikan kerjasama daripada segi penajaan, supaya pasukan-pasukan ternama dunia akan menjadikan LTdL sebagai satu sirkit yang mereka wajib sertai," katanya selepas menyaksikan Kejohanan KBS MyLadies PlayerUnknown's Battleground Mobile (PUBGM) 2.0 di sini semalam.
Beliau mengulas mengenai keputusan Jawatankuasa Pengurusan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), yang menerima permohonan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bagi mengekalkan status ProSeries LTdL pada Khamis lepas.
Ahmad Faizal berkata penyertaan enam pasukan World Tour seperti Lotto Soudal, Movistar, Cofidis, EF Education-Easypost dan Astana Qazaqstan, juga membuktikan perlumbaan berbasikal itu terus mendapat perhatian pasukan ternama dunia.
"Jika diikutkan ini penyertaan tertinggi pasukan World Tour dan ia merupakan satu kebanggaan buat kita semua selain membuktikan LTdL satu temasya yang bertaraf antarabangsa," katanya.
Pada Kejohanan KBS PUBGM 2.0 itu, pasukan Rage Unleashed Sassy dinobatkan selaku juara selepas meraih 90 mata, sementara naib johan milik The Gringos Esports (87 mata) dan Jabbybabby (77 mata) di tempat ketiga.
Kejohanan itu merupakan inisiatif KBS bagi meningkatkan penyertaan komuniti e-sukan wanita, selaras dengan hasrat dan aspirasi yang digariskan di bawah Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik KBS 2022-2025.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022
Ahmad Faizal berkata pihak Kementerian Belia dan Sukan akan sentiasa berusaha bagi memastikan LTdL dapat terus mengekalkan status ProSeries itu. - Gambar fail
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai digesa tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Latihan lintas hormat udara perlu ketepatan masa dan trajektori
Pandangan itu dikongsikan Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian sewaktu diminta mengulas antara punca yang boleh diramal susulan insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi ini.
Anwar ucap takziah, kehilangan besar buat negara
Ujarnya, negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas tersebut.
LTdL: PKBM, MSN perlu duduk semeja tentukan hala tuju pelumba - Jurulatih
Semangat juang tinggi serta keupayaan pelumba kebangsaan menyaingi pasukan WorldTeam dan ProTeam pada saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 diharap mampu membuka lembaran positif buat mereka.
Perjuangan Malaysia belum berakhir!
Mohd Yusoff berkata, perjuangan anak-anak buahnya masih belum selesai selagi perlumbaan edisi ke-27 itu menutup tirai Sabtu ini.
LTdL: Harrif Salleh hilang 10 saat rantai terlucut
Harrif Salleh, pada awalnya berada di kedudukan baik menuju garisan penamat tetapi basikalnya pula mengalami masalah teknikal.
LTDL 2023: Babor menang peringkat keempat pada penampilan sulung
Pelumba Republik Czech Daniel Babor dari pasukan Caja Rural-Seguros RGA mengungguli perlumbaan peringkat keempat LTdL 2023.
LTdL 2023: Menang peringkat perlumbaan, jersi putih kini tumpuan TSG
Peluang untuk merebut gelaran Raja Bukit tertutup selepas Nur Aiman tidak berjaya mempertahankan gelaran itu yang dirampas Simon Pellaud.
Van bawa tiga pelumba LTdL 2023 terbabas
SEBUAH van dipercayai membawa tiga pelumba Giant Cycling Team terbabas ketika dalam laluan Peringkat 3 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Jeli, Kelantan ke Baling, Kedah pagi tadi.
LTdL 2023: Syritsa tawan peringkat kedua
Pelumba Astana Qazaqstan Team Gleb Syritsa muncul juara saingan peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 sejauh 186.2 kilometer (km), dari Kuala Terengganu ke Aeon Mall, di sini hari ini.
LTdL 2023: Zawawi belum 'panas'
Muhammad Zawawi mengakui beliau belum bersedia sepenuhnya apabila tidak berhasil membuka tirai saingan Peringkat Pertama LTdL 2023, dengan keputusan memberangsangkan, semalam.
Cipta sejarah LTdL, Malaysia bukti mampu cabar pasukan elit
Barisan enam pelumba bimbingan Mohd Yusof itu memperlihatkan kehadiran mereka pada LTdL kali ini tidak boleh dipandang sepi.
LTdL 2023: Insiden gugat penamat sempurna TSG tidak berulang - Mohd Harrif
Mengambil iktibar susulan tersingkir berbaki tiga peringkat pada edisi lepas, beliau akan lebih berhati-hati pada saingan kali ini.