Juara bertahan Sepanyol bakal berdepan cabaran sukar apabila terpaksa bertemu sekali lagi dengan lawannya di final pada 2010, Belanda di Arena Fonte Nova awal pagi ini.
Pertemuan ini disifatkan sebagai antara perlawanan paling menarik untuk disaksikan sepanjang saingan peringkat kumpulan, dengan Belanda pastinya akan berusaha keras bagi membalas dendam 2010.
Empat tahun lalu, jaringan Andres Iniesta di minit ke-116 menghadiahkan Sepanyol menjulang Piala Dunia buat kali pertama, menewaskan Belanda 1-0 di Afrika Selatan.
Sepanyol dilihat memiliki kesempurnaan di setiap posisi dengan dibarisi pemain terkuat yang rata-ratanya mewakili kelab gergasi, Barcelona dan Real Madrid.
Iniesta, Diego Costa, David Villa, Cesc Fabregas, Xavi, Sergio Ramos, Gerard Pique, Jordi Alba, Sergio Busquets, Santi Cazorla, Juan Mata, David Silva, Pedro, Fernando Torres, Iker Casillas. Kesemuanya mempunyai keupayaan dan kemahiran tersendiri untuk menyerap asakan lawan dan menguasai permainan.
Bagaimanapun, jelas barisan serangan Sepanyol dilihat kurang berkeyakinan, jika dibandingkan dengan di bahagian tengah yang dilimpahi bakat-bakat ternama.
Sementara itu, mereka harus berwaspada dengan tonggak Belanda, Arjen Robben yang mempunyai musim yang cemerlang bersama Bayern Munich, selain dibantu dengan pemain berpengalaman seperti Robin Van Persie, Wesley Sneijder dan Nigel de Jong yang nyata akan menjadi pemain penting pada perlawanan awal pagi ini.
Sekiranya Belanda berjaya melepasi Sepanyol, mereka difikirkan hanya berdepan lawan yang jauh lebih mudah iaitu pesaing kumpulan B, Australia dan Chile.
Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan perlawanan antara Sepanyol menentang Belanda di saluran 821 dan 841 (HD). Untuk ulasan Bahasa Malaysia, ia akan disiarkan di Astro Arena, saluran 801.
Sepanyol
Penjaga gol: Iker Casillas (Real Madrid), Pepe Reina (Liverpool), David De Gea (Manchester United)
Pertahanan: Sergio Ramos (Real Madrid), Gerard Pique (Barcelona), Raul Albiol (Napoli), Javi Martinez (Bayern Munich), Juanfran (Atletico Madrid), Jordi Alba (Barcelona), Cesar Azpilicueta (Chelsea)
Pemain tengah: Xavi (Barcelona), Xabi Alonso (Real Madrid), Andres Iniesta (Barcelona), Koke (Atletico Madrid), Sergio Busquets (Barcelona), Santi Cazorla (Arsenal), Cesc Fabregas (Barcelona), Juan Mata (Manchester United), David Silva (Manchester City)
Penyerang: Pedro (Barcelona), Diego Costa (Atletico Madrid), David Villa (Atletico Madrid), Fernando Torres (Chelsea).
Belanda
Penjaga gol: Jasper Cillessen (Ajax), Tim Krul (Newcastle), Michel Vorm (Swansea)
Pertahanan: Daley Blind, Joel Veltman (both Ajax), Stefan de Vrij, Daryl Janmaat, Terence Kongolo, Bruno Martins Indi, (all Feyenoord), Paul Verhaegh (FC Augsburg), Ron Vlaar (Aston Villa).
Pemain tengah: Jordy Clasie (Feyenoord), Jonathan de Guzman (Swansea), Nigel de Jong (AC Milan), Leroy Fer (Norwich), Arjen Robben (Bayern Munich), Wesley Sneijder (Galatasaray), Georginio Wijnaldum (PSV Eindhoven).
Penyerang: Memphis Depay (PSV Eindhoven), Klaas-Jan Huntelaar (Schalke 04), Dirk Kuyt (Fenerbahce), Jeremain Lens (Dynamo Kiev), Robin van Persie (Manchester United).
Astro Arena
Fri Jun 13 2014
Latihan pasukan Belanda - Foto AP
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Letupan di The Hague: 5 mayat ditemukan, pencarian mangsa diteruskan
Pihak berkuasa Belanda mengesahkan penemuan lima mayat di bawah runtuhan sebuah bangunan pangsapuri yang sebahagiannya runtuh akibat letupan kuat pada pagi Sabtu.
Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar.
Belanda laksanakan pemeriksaan sempadan tambahan mulai 9 Dis
Belanda akan melaksanakan pemeriksaan sempadan tambahan secara sementara bermula 9 Dis bagi membendung "migrasi tidak teratur dan pemerdagangan manusia".
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
EURO 2024: Jaringan minit akhir Ollie Watkins pacu England mara ke final
Perlawanan separuh masa pertama menyaksikan England dan Belanda terikat 1-1 hasil jaringan 'roket' Xavi Simons dan Harry Kane.
EURO 2024: Belanda ditimpa musibah, kecewa dengan keadaan huru-hara
Belanda terkandas di platform stesen kereta api dan perlu melakukan penerbangan kecemasan untuk sampai ke venue pertandingan.
EURO 2024: Belanda bangkit benam Turkiye untuk ke separuh akhir
Belanda akan berdepan cabaran skuad The Three Lions dalam saingan peringkat separuh akhir saingan EURO 2024 minggu depan.
Malaysia, Belanda jalankan ekspedisi bawah air bersama
Malaysia dan Belanda menjalankan ekspedisi menyelam bersama ke lokasi dua bangkai kapal selam Tentera Laut Diraja Belanda dari Perang Dunia II di perairan Malaysia.
EURO 2024: Dua gol lewat Malen 'hantar' Belanda ke suku akhir
Donyell Malen menjaringkan dua gol lewat ketika Belanda menewaskan Romania 3-0 pada Selasa untuk mara ke suku akhir Euro 2024.
EURO 2024: Virgil van Dijk label sikap Belanda nyaris makan diri
Kekalahan 2-3 kepada Austria dalam perlawanan terakhir kumpulan menyaksikan skuad Oranje melepaskan peluang untuk mengungguli kumpulan.