awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah guna PLS warga asing sedikit meningkat - Saifuddin Nasution
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Luqman buat penampilan sulung bersama YSCC Yokohama

Astro Arena
Astro Arena
07/03/2024
00:10 MYT
Luqman buat penampilan sulung bersama YSCC Yokohama
Luqman Hakim diturunkan ketika permainan berbaki 13 minit antara YSCC Yokohama dan Mito Hollyhock dalam saingan pusingan pertama Piala Levain di Stadium Nippatsu Mitsuzawa, 6 Mac 2024. - Foto Astro ARENA
PENYERANG muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, selesai membuat penampilan sulung di bumi Jepun selepas diturunkan dalam aksi Piala Levain, semalam.
Penyerang yang dipinjamkan dari KV Kortrijk itu diturunkan YSCC Yokohama ketika permainan berbaki 13 minit menentang Mito Hollyhock dalam saingan pusingan pertama Piala Levain.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nippatsu Mitsuzawa itu, YSCC Yokohama melakar kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Koki Matsumura pada minit ke-67.
Meskipun YSCC Yokohama beraksi dengan 10 pemain selepas Yutaro Yanagi dilayangkan kad merah dua minit selepas Luqman Hakim turun ke gelanggang, mereka berjaya mengekalkan kelebihan satu gol hingga tamat perlawanan.
Penampilan pertama @luqmansham10 untuk pasukan @yscc1986 dalam saingan Piala Liga Jepun.pic.twitter.com/Vkk2W3MDAW
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 6, 2024
Terdahulu, Luqman Hakim menukar 'angin' ke bumi Asia apabila secara rasminya menyertai kelab divisyen tiga Jepun, Yokohama SCC bagi musim 2024/25.
Pemain berusia 22 tahun itu yang berkelana ke Eropah sejak 2020 memilih untuk meneruskan kariernya ke kelab Jepun dalam usaha mempertingkatkan lagi kualiti permainan. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Luqman Hakim Shamsudin
#Piala Levain
#Luqman Hakim ke Jepun
#YSCC Yokohama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan