awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Macam 'The Flash': Remaja 15 tahun ini bakal jadi Usain Bolt Malaysia?

Isabelle Leong
Isabelle Leong
23/04/2019
00:30 MYT
Macam 'The Flash': Remaja 15 tahun ini bakal jadi Usain Bolt Malaysia?
Sebelum ini, Muhammad Azeem memecahkan dua rekod temasya pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara 2019 di Kompleks Sukan Ilagan di Bandar Ilagan, Filipina pada 3 Mac lalu. - facebook / ERA (Malaysia)
LARIAN seorang pelajar yang menyertai acara 100m di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019 (MSSM) menjadi bualan hangat para netizen di laman Facebook.
Menerusi video yang dimuat naik Team Malaysia di laman Facebook, larian remaja yang baru sahaja berusia 15 tahun, Muhammad Azeem Mohd Fahmi cukup pantas meninggalkan peserta yang lain.
Atlet muda yang berasal Perak itu berjaya mencatatkan larian 10.63 saat (s).
Komen Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi entri di akaun Twitter peribadinya pula berharap bakat Muhammad Azeem dapat digilap dan tidak dibazirkan.
“Beliau Usain Bolt Malaysia. Majlis Sukan Negara Malaysia dan Institut Sukan Negara Malaysia perlu pastikan bakat beliau tidak dibazirkan,” katanya di laman Twitter.
Malaysias very own Usain Bolt. @MSNMALAYSIA & @isnmalaysia perlu pastikan bakat beliau tidak dibazirkan. https://t.co/4VrwPlJaSj
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) April 22, 2019
Nama atlet muda tersebut sebenarnya tidak asing lagi di dunia pecut.
Sebelum ini, beliau memecahkan dua rekod temasya pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara 2019 di Kompleks Sukan Ilagan di Bandar Ilagan, Filipina pada 3 Mac lalu.
Digelar "Putera Pecut" ASEAN, beliau meraih pingat emas acara 100 meter (m) dengan mencatat rekod baharu kejohanan iaitu 10.63s sekali gus merupakan catatan terbaharu rekod kebangsaan di bawah 15 tahun.
Topic Berkaitan
#Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019
#MSSM
#Muhammad Azeem Mohd Fahmi
#Putera Pecut ASEAN
#remaja
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Usain Bolt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan