awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAD harap dodgeball diterima jadi sukan demonstrasi SUKMA 2026

Bernama
Bernama
13/10/2024
22:00 MYT
MAD harap dodgeball diterima jadi sukan demonstrasi SUKMA 2026
Dodgeball harus diperkenalkan sebagai sukan demonstrasi supaya orang dapat saksikan sukan ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) masih berharap sukan itu diterima bagi dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 biarpun berstatus sukan demonstrasi.
Timbalan Presiden MAD Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata ia selepas hasrat untuk melihat sukan berkenaan dimasukkan dalam temasya dwitahunan itu tidak tercapai pada Sukma 2024 Sarawak Ogos lepas.
"Kebiasaannya sebelum sesuatu sukan dapat peluang dipertandingkan di mana-mana peringkat (seperti Sukan SEA) ia harus diperkenalkan sebagai sukan demonstrasi supaya orang dapat saksikan sukan ini dan kita (MAD) dapat gambaran lebih jelas bagaimana hendak uruskan pertandingannya.
"Kita sedang berusaha untuk mendapatkan perkara ini dengan dicetuskan di peringkat SUKMA (terlebih dahulu) sebab kalau terus harapkan peringkat lebih tinggi akhirnya nanti tidak ada piramid pembangunan yang dapat menyokong secara lebih mampan," katanya kepada pemberita pada kejohanan 'Turo Thunder Throw 2024' di sini pada Ahad.
'Turo Thunder Throw' merupakan kejohanan dodgeball yang buat julung kalinya dianjurkan dengan objektif mempromosikan sukan berkenaan kepada rakyat Malaysia.
Beliau berkata di peringkat negeri juga tidak pernah berhenti mempromosikan sukan itu dalam usaha melihat dodgeball diterima sebagai antara acara pada SUKMA 2026.
Terdahulu kejohanan itu menyaksikan Blitz Steroids menewaskan Aces 5-4 untuk muncul juara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dodgeball
#SUKMA
#sukan demonstrasi
#Mad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan