awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maguire didapati bersalah lakukan serangan, rasuah

Astro Arena
Astro Arena
26/08/2020
00:50 MYT
Maguire didapati bersalah lakukan serangan, rasuah
Maguire pada awalnya disenaraikan dalam skuad England untuk berdepan Iceland dalam perlawanan Liga Negara-Negara Eropah bulan depan. - Foto Astro ARENA
HARRY Maguire didapati bersalah melakukan serangan serius, mengelak daripada ditahan dan mencuba untuk melakukan rasuah dalam satu perbicaraan di Greece.
Kapten Manchester United itu bersama dua tertuduh lain menjalani perbicaraan di Kepulauan Syros semalam selepas terlibat dalam satu insiden pergelutan dengan pihak polis ketika bercuti di Mynokos.
Maguire, yang melalui dua malam di dalam tahanan, menafikan dakwaan itu tetapi disabitkan ke atas kesemua tuduhan itu oleh tiga ahli perbicaraan mahkamah berkenaan.
United mengeluarkan satu kenyataan memaklumkan bahawa Maguire akan mengemukakan rayuan berkenaan sabitan itu.
Pemain berusia 27 tahun berkenaan pada awalnya disenaraikan dalam skuad England untuk berdepan Iceland dalam perlawanan Liga Negara-Negara Eropah bulan depan tetapi keadaan terbaru itu sudah pasti membuatkan pengurus skuad Three Lions berkenaan, Gareth Southgate, mengubah pendiriannya.
"Pada ketika ini, anda hanya boleh membuat keputusan berdasarkan fakta yang anda tahu," kata Southgate sebelum keputusan perbicaraan itu diumumkan.
"Saya mempunyai hubungan yang baik dengan pemain itu. Harry sentiasa mempunyai perwatakan yang cemerlang bersama kami.
"Saya tiada alasan untuk tidak mempercayai apa yang dikatakannya.
"Adalah penting untuk dia mengetahui bahawa dia memiliki sokongan saya buat masa ini," katanya.
Topic Berkaitan
#bersalah
#Gareth Southgate
#Greece
#Harry Maguire
#Liga Negara-Negara Eropah
#mahkamah
#Manchester United
#Mynokos
#perbicaraan
#percutian
#pergelutan
#polis
#Rasuah
#rayuan
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan