awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines kini rakan penerbangan rasmi FAM

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
21/03/2019
10:29 MYT
Malaysia Airlines kini rakan penerbangan rasmi FAM
Malaysia Airlines menjadi rakan kongsi FAM untuk tempoh dua tahun. - Foto www.fam.org.my
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Malaysia Airlines sebagai rakan penerbangan rasmi badan bola sepak itu hari ini.
Kerjasama strategik itu dimeterai dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail dengan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya pada petang Khamis.
Perjanjian perkongsian dua tahun itu menyaksikan Malaysia Airlines dan FAM bekerjasama dalam aktiviti pemasaran dan promosi kedua-dua pihak.
Penerbangan Malaysia Airlines juga akan dinamakan penerbangan rasmi Team Harimau Malaya dan Harimau Muda.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan FAM hari ini, Izham berkata, kerjasama ini merupakan tanda sokongan penuh syarikat itu kepada pembangunan sukan di negara ini.
Sementara Hamidin mengucapkan selamat kembali ke Malaysia Airlines dalam sukan bola sepak, yang pernah menjadi rakan kongsi FAM sebelum ini.
Malaysia Airlines merupakan penaja penerbangan skuad Harimau Malaya semasa kejohanan Piala AFF Suzuki.
Topic Berkaitan
#FAM
#Hamidin Mohd Amin
#harimau Malaya
#harimau muda
#Izham Ismail
#Malaysia Airlines
#Piala AFF Suzuki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan