awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines rakan penerbangan rasmi Liga-M 2022

Bernama
Bernama
02/03/2022
11:01 MYT
Malaysia Airlines rakan penerbangan rasmi Liga-M 2022
Malaysia Airlines menyediakan perjalanan selamat dan lancar untuk MFL selain menyokong aktivitinya. - Facebook Malaysian Football League
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Malaysia Airlines terus mengorak langkah kerjasama dalam industri bola sepak tempatan apabila menjadi rakan penerbangan rasmi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2022.
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan memaklumkan memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani Malaysia Aviation Group (MAG) dan badan pentadbir liga bola sepak tempatan itu menyaksikan Malaysia Airlines menyediakan perjalanan selamat dan lancar untuk MFL selain menyokong aktivitinya termasuk persidangan tempatan dan antarabangsa, klinik bola sepak dan pertandingan profesional di bawah pengelolaannya.
Selain itu, kenyataan itu memaklumkan lanjutan daripada komitmennya sebagai rakan penerbangan rasmi untuk MFL, MAG pula akan memanfaatkan rangkaian organisasi mereka menerusi pelaksanaan kempen, penjenamaan serta acara bersama dengan Firefly, MASwings, MHholidays dan Enrich.
MoU itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam dan Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan Malaysia Airlines Berhad (MAB) Lau Yin May.
Presiden MFL Datuk Ab Ghani Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG Izham Ismail turut hadir menyaksikan pemeteraian perjanjian itu.
Stuart berkata perkongsian MFL dengan MAB melambangkan kedua-dua jenama bersatu untuk meningkatkan taraf dunia bola sepak Malaysia ke tahap lebih tinggi, selaras dengan agenda negara.
"Kami berbesar hati mengalu-alukan syarikat penerbangan kebangsaan kami ke Liga Malaysia. Dengan musim baharu dan perlawanan dijadual sepanjang tahun ini, ahli persaudaraan bola sepak Malaysia dan peminat yang ingin mengembara ke seluruh negara boleh mengambil kesempatan daripada peningkatan frekuensi Malaysia Airlines terutama dari Sabah dan Sarawak," katanya.
Izham pula yakin hubungan simbiotik antara Malaysia Airlines dan MFL akan memanfaatkan peminat bola sepak di seluruh negara iaitu dengan menyatukan peminat bersama pasukan kegemaran mereka terutama penyokong dari Sabah dan Sarawak, yang kini boleh menikmati lebih banyak perlawanan di semenanjung dan sebaliknya melalui peningkatan kekerapan penerbangan.
Pemeteraian MoU tersebut susulan perkongsian terbaharu MAB dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum ini, sekali gus menunjukkan dedikasi tidak berbelah bahagi syarikat penerbangan itu dalam usaha menyokong pembangunan bakat bola sepak tanah air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#rakan penerbangan rasmi
#Liga Bola Sepak Malaysia
#Liga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan