awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia bakal jadi pusat perangi rasuah dan judi bolasepak dunia

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2013
23:37 MYT
Malaysia bakal jadi pusat perangi rasuah dan judi bolasepak dunia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited menjadikan Malaysia sebagai pusat memerangi rasuah dan perjudian bola sepak dunia.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata komitmen pelbagai pihak dalam membanteras gejala itu adalah usaha yang perlu dilaksanakan secara berterusan.
“Kita akan adakan Persidangan Interpol dalam bulan hadapan mengenai rasuah bolasepak yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Ini juga adalah kesungguhan kita untuk menjadikan Kuala Lumpur untuk tempat mengembangkan usaha memerangi rasuah bolasepak,” kata Ahmad Shabery.
Tegas Shabery, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga perlu memainkan peranan penting seperti mana dilakukan beberapa negara lain yang mengambil pendekatan tersendiri untuk mengatasi masalah tersebut.
Namun jelas Shabery, kegiatan licik sindiket dalam mempengaruhi serta mengatur keputusan amat sukar dikesan dan ia memerlukan kerjasama erat dari semua pihak.
Lantas, beliau menggalakkan individu yang sanggup membantu dalam usaha membongkar kegiatan itu.
Beliau menyambut baik usaha bekas pemain Selangor, Malek Rahman yang berani tampil untuk memberi kerjasama dengan semua pihak termasuk FAM dalam membanteras gejala negatif itu.
Topic Berkaitan
#Datuk Ahmad Shabery
#FAM
#Interpol
#KBS
#rasuah bolasepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan