awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada pertindihan aplikasi dalam pelepasan melalui autogate kod QR - KP Imigresen
Ringgit ditutup pada paras 3.96 berbanding dolar AS untuk kali pertama sejak 2018
Persempadanan darat Malaysia-Indonesia masih dalam rundingan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia di landasan tepat jadi tuan rumah APG 2027 - KBS

Bernama
Bernama
26/01/2026
12:15 MYT
Malaysia di landasan tepat jadi tuan rumah APG 2027 - KBS
Malaysia berada di landasan tepat dengan tahap persediaan yang rapi untuk menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah Sukan Para ASEAN (APG) 2027, kata Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari. - Gambar fail/BERNAMA
NAKHON RATCHASIMA: Malaysia berada di landasan tepat dengan tahap persediaan yang rapi untuk menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah Sukan Para ASEAN (APG) 2027, kata Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari.

Ringkasan AI
  • Malaysia bersedia menjadi tuan rumah Sukan Para ASEAN (APG) 2027 dengan persediaan yang rapi, disokong oleh keyakinan daripada Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari serta kepimpinan Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF).
  • Kejayaan kontinjen negara dalam mencapai sasaran kutipan pingat di APG 2025 menunjukkan usaha jangka panjang yang melibatkan kerjasama antara atlet, jurulatih, dan agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
  • Persediaan Malaysia sebagai tuan rumah APG 2027 tidak hanya memberi tumpuan kepada prestasi atlet, tetapi juga termasuk aspek kesiapsiagaan venue, penganjuran acara, dan peningkatan keselesaan serta kemudahan latihan atlet melalui peningkatan Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan dengan peruntukan RM5 juta.

Beliau berkata keyakinan itu turut disuarakan kepimpinan Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) hasil pertemuan yang diadakan bersama badan induk tersebut hari ini.
"Tadi saya sempat mengadakan perjumpaan bersama APSF dan pertemuan itu amat positif. Mereka menyatakan bahawa Malaysia sudah berada di landasan yang tepat serta bersedia untuk menjadi tuan rumah APG 2027," katanya kepada pemberita semasa sidang media rangkuman prestasi atlet APG 2025 di sini hari ini.
Dr Mohammed Taufiq berkata kejayaan kontinjen negara melepasi sasaran kutipan pingat di temasya dwitahunan itu juga mencerminkan hasil usaha jangka panjang yang melibatkan kerjasama menyeluruh antara atlet, jurulatih serta agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Sasaran pingat ini bukan dicapai dalam masa singkat. Ia hasil perjuangan berterusan atlet, sokongan jurulatih serta kerjasama MSN (Majlis Sukan Negara), ISN (Institut Sukan Negara) dan keseluruhan ekosistem sukan di Malaysia," katanya.
Mengulas persiapan Malaysia sebagai tuan, beliau berkata tumpuan bukan sahaja diberikan kepada prestasi atlet malah melibatkan kesiapsiagaan venue dan penganjuran acara termasuk upacara pembukaan dan penutupan.
Dalam pada itu, Mohammed Taufiq memberi jaminan isu sensitif seperti klasifikasi atlet tidak akan dipandang ringan apabila Malaysia menjadi tuan rumah nanti.
Beliau turut mengumumkan Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan akan dinaik taraf dengan peruntukan RM5 juta bermula tahun ini bagi meningkatkan keselesaan dan kemudahan latihan atlet secara sepenuh masa sebagai persediaan menghadapi APG akan datang.
Selain itu, Dr Mohammed Taufiq berkata atlet yang mencatat pencapaian cemerlang di APG 2025 layak menerima insentif di bawah Skim Hadiah Kemenangan Atlet Malaysia (SHAKAM) sebagai penghargaan terhadap kejayaan mereka mengharumkan nama negara.
Beliau menegaskan pemberian insentif itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan atlet serta memastikan mereka terus bermotivasi untuk mengekalkan prestasi pada peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#landasan tepat
#Sukan Para ASEAN
#APG 2027
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan