awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia hos edisi sulung Kongres Hoki Dalam Air Dunia Oktober ini

Bernama
Bernama
01/04/2023
04:21 MYT
Malaysia hos edisi sulung Kongres Hoki Dalam Air Dunia Oktober ini
Pasukan remaja (bercampuran) berpeluang cerah untuk sekurang-kurangnya meraih pingat dalam Kongres Hoki Dalam Air Dunia, bagaimanapun, mereka kini berdepan cabaran untuk mencari tempat latihan yang bersesuaian. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah edisi pertama Kongres Hoki Dalam Air Dunia dijadual pada 16-21 Okt ini.
Ketua jurulatih negara, Roshan Babu Balakrishan berkata kongres berlangsung di ibu negara itu akan menyaksikan kejohanan Piala Dunia dipertandingkan melibatkan tiga kategori bagi acara 4v4 iaitu lelaki elit, wanita elit dan remaja (bercampuran).
"Setakat ini sebanyak 39 negara berminat menyertai kejohanan ini antaranya Australia, New Zealand, United Kingdom, Arab Saudi dan Singapura," katanya kepada Bernama selepas majlis berbuka puasa di sini, malam tadi.
Majlis anjuran Persatuan Hoki Dalam Air Malaysia itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Ditanya mengenai sasaran, Roshan berkata pasukan remaja (bercampuran) berpeluang cerah untuk sekurang-kurangnya meraih pingat dalam kejohanan tersebut.
Bagaimanapun, beliau berkata mereka kini berdepan cabaran untuk mencari tempat latihan bersesuaian menjelang kejohanan itu.
"Sejak 2019 lagi kami berdepan masalah fasiliti latihan iaitu kami berlatih di kolam renang awam atau sudah dipajak kepada operator awam.
"Kalau nak tutup kolam renang bagi latihan untuk beri laluan kepada kami jalani latihan hanya dibenarkan selepas pukul 9 malam dengan lampu di sekeliling fasiliti tersebut dipadamkan dan terpaksa bergantung kepada lampu di dalam kolam," katanya.
Sementara itu, Yeoh berharap kementeriannya dapat mencari jalan untuk mendapatkan tempat latihan bersesuaian agar pasukan kebangsaan dapat melakukan persediaan sebaik mungkin bagi menghadapi kejohanan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#malaysia tuan rumah
#Kongres Hoki Dalam Air Dunia
#Roshan Babu Balakrishan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan