BANGKOK: Skuad Muay Thai Malaysia tidak meletakkan sasaran pingat pada Kejohanan Muay Thai Dunia 2021 yang diadakan di Bangkok bermula Isnin.
Pengurus skuad Muay Thai negara Saifulnizam Mohd Shahar berkata Malaysia menghantar atlet berusia antara 10 hingga 30 tahun yang bakal beraksi dalam pelbagai kategori - Senior, Bawah 23 dan Remaja.
"Ini merupakan kejohanan Muay Thai antarabangsa yang pertama (bagi pasukan Malaysia) sejak pandemik COVID-19.
"Selepas dua tahun tiada pertandingan dan latihan yang sewajarnya, Malaysia tidak meletakkan sasaran pingat spesifik pada kejohanan kali ini," katanya kepada Bernama di sini.
Saifulnizam mengakui ia adalah satu cabaran buat atlet Muay Thai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tidak boleh menjalani latihan seperti biasa.
"Mereka yang bukan di bawah Program Podium, Majlis Sukan Negara, terpaksa menjalani latihan di rumah tanpa jurulatih atau latihan khas. Mereka hanya mengikut kemampuan dan disiplin diri," katanya.
Antara atlet Muay Thai Malaysia yang berentap pada kejohanan kali ini ialah Mohammad Rifdean Masdor yang memenangi pingat perak pada Kejohanan Muay Thai Dunia dalam kategori 48 kilogram pada 2019 dan pemenang pingat emas Kejohanan Muay Thai Dunia 2016, Nur Amisha Azrilrizal.
Kejohanan Muay Thai Dunia yang berlangsung hingga 11 Dis menyaksikan lebih 1,000 atlet dari 91 negara berentap dalam pelbagai kategori di Stadium Nasional.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021
Kejohanan Muay Thai Dunia yang berlangsung hingga 11 Dis menyaksikan lebih 1,000 atlet dari 91 negara berentap dalam pelbagai kategori di Stadium Nasional. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Kes pukul, ugutan jenayah: AJK tertinggi persekutuan Muay Thai profesional direman
Seorang ahli jawatankuasa tertinggi Persekutuan Muay Thai Profesional Malaysia (MFMP) direman selama dua hari mulai hari ini di Mahkamah Majistret, pada Isnin.
Impian terakhir Muslim Ahmad
BEKAS pemain kebangsaan, Muslim Ahmad menafikan sudah bersara daripada bola sepak selepas dia dilihat aktif dalam sukan Muay Thai.
Muslim Ahmad raih kemenangan 'TKO' dalam perlawanan sulung
BEKAS pertahanan skuad kebangsaan, Muslim Ahmad, menampilkan semangat perwira apabila melakar kemenangan pertama dalam pertembungan Muay Thai semalam.
Johan 'Jojo Ghazali 'win' di gelanggang, hati rakyat Malaysia
NAMA petarung muda negara, Johan 'Jojo' Ghazali semakin meniti di bibir rakyat Malaysia selepas mencatatkan prestasi membanggakan dalam arena sukan Muay Thai antarabangsa.
Hanya 36 saat, Johan Ghazali tumpaskan Edgar Tabares
Johan 'Jojo' Ghazali, berjaya menumpaskan Edgar Tabares dalam penampilan sulungnya pada aksi Primtime US, ONE Championship sebentar tadi.
Elak dibuli, pemuda Afghanistan ceburi Muay Thai
Beberapa insiden yang dialami suatu ketika dahulu menjadikan Nawib tekad mempelajari Muay Thai bagi melindungi diri dan keluarga.
KBS digesa iktiraf Muay Thai sebagai sukan utama
Katanya, sokongan dan bantuan diterima atlet Muay Thai tidak sehebat pencapaian yang membanggakan di peringkat antarabangsa.
Hanya 16 saat, Jojo tumbang lawan dengan pukulan K.O. di ONE Championship
Peserta Sarawak berusia 16 tahun itu hanya mengambil masa 16 saat untuk keputusan KO terhadap Padetsuk Fairtex, dalam pusingan pertama.