awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Kim Jong Un kunjungi pusara keluarga, cetus spekulasi pewaris kuasa Korea Utara
Tesla 'ketinggalan', BYD kini muncul Raja EV dunia
Angelina Jolie lawat sempadan Rafah di Mesir, tinjau usaha bantuan ke Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manchester United harungi tiga perlawanan dalam lima hari

Astro Arena
Astro Arena
06/05/2021
02:33 MYT
Manchester United harungi tiga perlawanan dalam lima hari
Pertembungan menarik hujung minggu lalu terpaksa dibatalkan gara-gara peminat United melancarkan protes terhadap pemilikan keluarga Glazer dengan menceroboh padang Old Trafford. - Gambar fail REUTERS
MANCHESTER United akan menjadi tuan rumah kepada Liverpool dalam pertembungan yang diaturkan semula iaitu pada awal pagi Jumaat depan (14 Mei).
Ini bermakna pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu perlu mengharungi tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam masa lima hari.
Pertembungan menarik hujung minggu lalu terpaksa dibatalkan gara-gara peminat United melancarkan protes terhadap pemilikan keluarga Glazer dengan menghalang pemain keluar daripada penginapan mereka, Hotel Lowry, selain menceroboh padang Old Trafford.
3 - Manchester United will face Aston Villa, Leicester & Liverpool in the space of five days between 9-13th May, the first time they've played three league games in five days since April 1992. Busy.
— OptaJoe (@OptaJoe) May 5, 2021
Ruang terhad untuk menyusun semula jadual menyaksikan United akan melakukan perjalanan ke Aston Villa pada 9 Mei disusuli menyambut Leicester City pada 11 Mei.
Liverpool juga boleh menganggap mereka tersepit dengan situasi hampir serupa apabila perlu mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh enam hari -- lebih perit lagi kesemuanya di tempat lawan -- tatkala mereka berjuang untuk merebut tempat keempat teratas.
Sementara itu, EPL mengesahkan dua perlawanan terakhir akan membenarkan kehadiran penyokong tuan rumah, sesuai dengan langkah melonggarkan kawalan COVID-19.
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Liverpool
#Liga Perdana Inggeris
#protes
#keluarga
#COVID-19
#EPL
#Ole Gunnar Solskjaer
#Glazer
#ceroboh padang
#Leicester City
#Aston Villa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan