awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maniam nafi Faris bakal sertai Selangor

Astro Arena
Astro Arena
12/12/2017
23:20 MYT
Maniam nafi Faris bakal sertai Selangor
Maniam menegaskan Selangor tiada perancangan untuk mengambil Faris (gambar) sebagai awang import kelima. - Gambar fail
PENGENDALI Selangor, P Maniam, menafikan minat terhadap pemain sayap Singapura, Faris Ramli, walaupun media Singapura sebelum ini melaporkan bekas pemain LionsXII itu bakal menyertai The Red Giants.
Menurut Maniam, setakat ini pihak pengurusan Selangor hanya meluluskan pengambilan empat awang import untuk musim 2018.
Justeru, Maniam menegaskan tiada perancangan untuk mengambil Faris sebagai awang import kelima.
Setakat ini, Selangor sudah mendapatkan empat pemain import, iaitu Rufino Segovia, yang kekal dari musim lalu, pertahanan dari Brazil, William Pacheco serta Evan Dimas dan Ilham Armayin dari Indonesia yang akan bersama pasukan hujung bulan ini.
"Saya menganggap ini sebagai khabar angin dan buat masa ini, kami memberikan tumpuan kepada pemain-pemain yang sedia ada bersama Selangor," kata Maniam.
Selangor sedang merangka tiga aksi persahabatan di Indonesia dari 7 hingga 17 Januari depan sebagai persiapan akhir pra-musim.
Sementara itu, pemain sayap baru Selangor musim ini, Azamuddin Akil, optimis dengan kekuatan pasukannya.
Baginya, barisan sedia ada mampu berada dalam kelompok tiga tempat teratas Liga Super musim depan.
"Saya menyertai Selangor dengan cita-cita untuk membantu pasukan berada dalam kelompok tiga terbaik dan cuba untuk mendapatkan satu piala pada musim depan," katanya.
Topic Berkaitan
#awang import
#bola sepak
#Faris Ramli
#LionsXII
#p maniam
#pemain import
#Selangor
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan