awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maradona buka kedai emas di Nu Sentral

Bernama
Bernama
30/05/2015
23:41 MYT
Maradona buka kedai emas di Nu Sentral
Lagenda bola sepak dunia Diego Maradona (tengah) menurunkan tandatangan kepada peminat yang hadir pada Majlis Pelancaran Boby dan Maradona Gold Diamond Showroom di NU Sentral. - Foto Bernama
Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona dan rakan niaganya dari India, Boby Chemmanur, melancarkan kedai emas ke-37, 'Boby & Maradona Gold Diamond Jewellery', di sini pada Sabtu.
Maradona, yang memakai jersi biru bersama-sama bintang filem India, Karishma Kapoor merasmikan cawangan pertama di rantau Asia Tenggara, di pusat beli-belah NU Sentral di sini.
Sejumlah 1,000 orang berkumpul di pusat beli-belah itu untuk melihat legenda bola sepak dunia itu dan bintang Bollywood tersebut.
Karisma Kapoor
Karishma Kapoor
Artis Bollywood Karishma Kapoor hadir pada Majlis Pelancaran Boby dan Maradona Gold Diamond Showroom. - Foto Bernama
Sementara itu, Boby, yang juga Pengerusi dan Pengarah Urusan, Chemmanur International Jewellers, berkata keuntungan yang diperoleh daripada jualan barangan kemas di cawangan tersebut akan disumbangkan kepada rumah kebajikan di Malaysia.
"Secara langsung, kami tidak akan menerima sumbangan derma tetapi sebaliknya anda perlu membeli emas dan berlian untuk menderma," katanya kepada pemberita selepas perasmian kedai tersebut.
Beliau berkata penglibatan Maradona dengan kerja-kerja amal akan menjadi inspirasi kepada orang lain untuk membuat sumbangan kepada badan-badan amal.
Beliau berkata syarikat itu, yang mempunyai cawangan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait dan majoriti di India, telah memilih Malaysia untuk cawangan pertama di rantau ini kerana rakyat Malaysia dikenali sebagai "sangat baik dan pemurah dalam soal membuat amal".
Maradona, yang bermula sebagai duta jenama untuk Boby Chemmanur International Group, kemudian menjadi rakan perniagaan Boby.
Topic Berkaitan
#Boby & Maradona Gold Diamond Jewellery
#Boby Chemmanur International Group
#Karisma Kapoor
#Maradona
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan