awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Martinez hampiri gelaran Kasut Emas

Sinar Harian
Sinar Harian
04/07/2024
01:50 MYT
Martinez hampiri gelaran Kasut Emas
Aksi Lautaro Martinez meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua Argentina ketika perlawanan Copa America 2024 Kumpulan A antara Argentina dan Peru di Stadium Hard Rock, Miami, Florida, Amerika Syarikat, 29 Jun 2024. - REUTERS
SEBANYAK 53 gol dihasilkan dalam 24 perlawanan peringkat kumpulan Copa America 2024 yang berakhir pada Rabu.
Meskipun Uruguay paling produktif dengan sembilan gol, namun pemain yang mengetuai senarai penjaring terbanyak kejohanan sekali gus berpotensi merebut anugerah Kasut Emas ialah penyerang Argentina, Lautaro Martinez.
Penyerang Inter Milan itu sudah menjaringkan empat gol setakat ini.
Martinez berpeluang menambah koleksi golnya apabila Argentina turun berdepan Ecuador dalam perlawanan suku akhir pada Jumaat ini.
Pun begitu, terdapat enam pemain yang mampu mencabar Martinez dan kesemuanya mengumpul dua gol.
Pemain tersebut ialah ayam tambatan Brazil, Vinicius Junior; penyerang sensasi Uruguay, Darwin Nunez; Mathias Vina (Uruguay), Max Araujo (Uruguay) serta Salomon Rondon dan Eduard Bello yang kedua-dua menyumbat gol buat Venezuela.
Pada edisi 2021 di Brazil, penyerang Argentina, Lionel Messi meraih Kasut Emas selepas menyumbat empat gol dalam kejohanan tersebut.
Lebih manis, Messi memainkan peranan penting membantu pasukannya meraih gelaran juara menewaskan Brazil 1-0 di perlawanan akhir. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kasut Emas
#Lautaro Martinez
#Vinicius Junior
#Copa America 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan