awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MIMOS komited komersialkan hampir 1,400 IP, paten berdaftar - PGCEO
BM, Sejarah SPM diwajibkan untuk sekolah antarabangsa, agama dan UEC - PM Anwar
RPN: Penekanan awal TVET, STEM eratkan jurang kemahiran - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah kesihatan jejas Azizulhasni, kata Khairy

Astro Arena
Astro Arena
04/03/2018
14:44 MYT
Masalah kesihatan jejas Azizulhasni, kata Khairy
Hasrat Azizulhasni sebelum berangkat ke Apeldoorn, Belanda, begitu berkobar-kobar bagi memastikan jersi pelangi kekal miliknya. - Gambar fail
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, faham faktor kesihatan menjadi punca pelumba negara, Azizulhasni Awang, gagal mempertahankan gelaran juara dunia acara keirin dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia, Jumaat lalu.
Hasrat Azizulhasni sebelum berangkat ke Apeldoorn, Belanda, begitu berkobar-kobar bagi memastikan jersi pelangi kekal miliknya.
Namun, segalanya lebur ekoran masalah yang dialami Azizulhasni sehingga memaksanya akur tanpa sebarang keputusan memihak kepadanya.
BACA: Berbasikal Trek Dunia: Azizulhasni mohon maaf
Bagi Khairy, Azizulhasni sendiri sudah pun memaksa dirinya di tahap tertinggi untuk bersaing dengan jaguh dunia dalam situasi kesihatan yang tidak mengizinkan.
"Dia mengalami jangkitan virus dan kesihatannya terjejas, itu disahkan oleh pasukan khidmat sokongan kita di sana.
"Dalam keadaan seperti itu, kita tidak boleh menjangkakan dia mampu memberikan 100 peratus.
"Jadi, kami menganggap ia sebagai satu pengalaman kepada Azizulhasni yang terpaksa berlumba dalam keadaan tidak sihat," kata Khairy.
Jumaat lalu, Azizulhasni tumpas kepada pelumba nombor satu dunia, Andrii Vynokurov dari Ukraine dalam pusingan repechage acara keirin.
Kehampaannya berterusan dalam acara pecut 200 meter apabila tewas pula di tangan Jack Berlin dari Great Britain dalam pusingan pertama.
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#Belanda
#Belia
#Britain
#kesihatan
#Khairy Jamaluddin
#menteri
#sukan
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan