awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
Bintang ‘Ong Bak’ Tony Jaa dilapor bergelut dengan kanser pundi hempedu
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masters Korea: Aaron Chia-Soh Wooi Yik tamatkan penantian bergelar juara

Astro Arena
Astro Arena
10/11/2024
08:34 MYT
Masters Korea: Aaron Chia-Soh Wooi Yik tamatkan penantian bergelar juara
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menempuhi jalan berliku sebelum menjinakkan Jin Yong/Kim Won-ho dalam permainan tiga set di Iksan City yang berlarutan lebih sejam. - StadiumAstro
HASRAT Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menamatkan kemarau kejuaraan tahun ini tertunai apabila menawan Masters Korea, sebentar tadi.
Begitupun, mereka perlu menempuhi jalan berliku sebelum menjinakkan Jin Yong/Kim Won-ho dalam permainan tiga set di Iksan City yang berlarutan lebih sejam itu.
Kemenangan nyata tidak menyebelahi mereka tatkala dipisah satu mata lagi untuk mengesahkan kejayaaan dalam set pertama apabila tumbang 21-23.
Walaupun mempamerkan rentak sumbang pada awal set seterusnya, mereka kembali menjelmakan sentuhan sebenar dan situasi serupa juga berlaku di penghujung set kedua, namun keyakinan beregu utama lelaki kebangsaan itu terus teguh untuk kemenangan 21-19.
Cuma selepas pendahuluan agak selesa dan kemudian membenarkan wakil tuan rumah mengikat kedudukan 8-8, Aaron melambungkan raketnya ke atas bagi meredakan kekecewaannya menghadiahkan mata kepada pihak lawan.
Namun, ia juga menjadi titik tolak kepada Aaron-Wooi Yik untuk memperkemaskan permainan dan mencipta kemenangan 21-14, secara tidak langsung mencerahkan peluang mereka untuk layak ke Pusingan Akhir Jelajah Dunia di Hangzhou, bulan depan.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#Aaron Chia
#Soh Wooi Yik
#Masters Korea
#Juara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan