awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru wanita rugi lebih RM140,000 ditipu lelaki menyamar pegawai NSRC
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga 29 Dis
Kekasih didakwa bunuh Suri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masters Korea: Jimmy-Pei Jing mara ke final, nyala peluang buru gelaran sulung

Bernama
Bernama
08/11/2025
09:45 MYT
Masters Korea: Jimmy-Pei Jing mara ke final, nyala peluang buru gelaran sulung
Dalam final ketujuh mereka musim ini esok, pasangan nombor 37 dunia itu akan menentang pilihan kelapan yang juga beregu tuan rumah Kim Jae Hyeon-Jeoung Na Eun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara Jimmy Wong-Lai Pei Jing berpeluang merangkul gelaran sulung mereka apabila berjaya mara ke final Masters Korea 2025 selepas menundukkan pasangan tuan rumah, An Yun Seong-Lee Yu Lim pada aksi separuh akhir hari ini.
Pasangan pilihan ketiga itu bagaimanapun dipaksa berhempas-pulas sebelum menang 21-14, 19-21, 21-15 dalam masa 59 minit pada pertarungan separuh akhir kejohanan Super 300 yang berlangsung di Pusat Kebudayaan dan Sukan Universiti Wonkwang, Jeonbuk.
Dalam final ketujuh mereka musim ini esok, pasangan nombor 37 dunia itu akan menentang pilihan kelapan yang juga beregu tuan rumah Kim Jae Hyeon-Jeoung Na Eun.
Jae Hyeon-Na Eun terdahulu menewaskan satu lagi pasangan Korea Selatan, Wang Chan-Kim Yu Jung, 21-19, 21-10.
Jimmy-Pei Jing yang mula bergandingan sejak Mac hanya muncul sebagai naib juara sebanyak enam kali pada kejohanan Cabaran Antarabangsa Vietnam, Siri Antarabangsa Phuket, Terbuka St Denis Reunion, Terbuka Macau, Masters Indonesia I dan Masters Indonesia II.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Masters Korea
#Jimmy Wong
#Pei Jing
#final
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan