awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Palestin mahu komunikasi lebih baik dengan AS mengenai pelan Gaza
Iran sedia berperang jika diancam Amerika Syarikat - Naib Presiden
China longgarkan syarat kemasukan, warga UK dibenar lawat tanpa visa hingga 30 hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mbappe dihalang sertai latihan PSG

Sinar Harian
Sinar Harian
07/08/2023
03:29 MYT
Mbappe dihalang sertai latihan PSG
Mbappe dihalang berlatih dengan pasukan utama Paris Saint Germain (PSG) susulan pertikaian kontraknya yang masih berlanjutan dengan kelab itu.
KYLIAN Mbappe dihalang berlatih dengan pasukan utama Paris Saint Germain (PSG) susulan pertikaian kontraknya yang masih berlanjutan dengan kelab itu.
PSG kembali ke kompleks latihan mereka selepas jelajah pramusim ke Jepun dan Korea Selatan, tetapi Mbappe disisihkan selepas masih gagal mencapai kata sepakat dengan kelab gergasi Perancis tersebut.
Sumber pasukan berkata, Mbappe yang akan tamat kontrak pada musim panas depan telah bersetuju dengan perjanjian perpindahan percuma dengan Real Madrid.
Pengurusan Mbappe difahamkan enggan terlibat dengan tawaran daripada kelab untuk menandatangani kontrak baharu yang mengandungi klausa jualan terjamin yang sekali gus membolehkannya menyertai kelab lain pada musim panas depan.
Dari perspektif PSG, tidak ada sebab mengapa dia menolak tawaran itu kerana ia memberinya peluang untuk meninggalkan pasukan apabila mahu menyertai kelab yang dia mahukan.
PSG juga telah memberi kebenaran kepada Al Hilal untuk bercakap dengan pemain itu selepas mereka menerima bidaan rekod dunia sebanyak £259 juta (RM1.5 bilion) bulan lalu.
Namun, Mbappe dilaporkan enggan bertemu dengan delegasi dari kelab Arab Saudi itu yang telah terbang ke Paris. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kylian Mbappe
#Paris Saint Germain
#Real Madrid
#Al Hilal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan