awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mbappe kekal cergas, sedia berganding bersama Griezmann, Dembele

Astro Arena
Astro Arena
14/06/2018
02:33 MYT
Mbappe kekal cergas, sedia berganding bersama Griezmann, Dembele
Kylian Mbappe. Foto Astro ARENA
KYLIAN Mbappe menegaskan dirinya tidak mengalami sebarang kecederaan serius sambil berpendapat bahawa dirinya perlu membentuk gandingan mantap bersama Antoine Griezmann dan Ousmane Dembele jika mahu membawakan kejayaan buat Perancis di Piala Dunia.
Pemain Paris Saint Germain (PSG) itu dilihat terpaksa meninggalkan kem latihan pada Selasa lalu selepas menerima kecederaan buku lali akibat terjahan daripada rakan sepasukan, Adil Rami.
Dia pantas memberikan kenyataan menerusi laman Twitter peribadi setelah wujud spekulasi bahawa Mbappe akan terlepas aksi pembukaan bertemu Australia bagi saingan Kumpulan C pada Sabtu dan ketika bertemu media semalam, pemain berusia 19 tahun itu memberikan jaminan bahawa dia berada dalam keadaan terbaik.
"Saya yakin 100 peratus dan akan meneruskannya," ujar Mbappe.
"Latihan bersama kelab atau pasukan kebangsaan adalah sesuatu yang sama. Kami bermain sewaktu berlatih. Kadangkala, ia berada di luar kawalan tetapi tiada siapa yang mati!"
Je vais bien, cest juste un coup donc ce nest pas grave mais merci pour vos messages PS: Et laissez mon ami @Rami13officiel cétait pas méchant pic.twitter.com/sygabBFXSd
— Kylian Mbappé (@KMbappe) June 12, 2018
Mbappe turut bercakap mengenai gandingannya bersama Griezmann dan Dembele di bahagian depan skuad Les Bleus dan yakin ia akan menjadi kombinasi mantap bagi penggempur muda itu.
"Kami bertiga sangat menghargai satu sama lain dan terdapat banyak pergerakan dan kepantasan.
"Kami harus meningkatkan cara kami bertahan. Untuk beraksi dalam kejohanan ini, kami tidak boleh beraksi hanya separuh kekuatan.
"Dalam masa sama, kami juga harus tampil berkesan di depan gawang lawan kerana peluang tidak mungkin hadir sebanyak 60 kali."
Topic Berkaitan
#Antoine Griezmann
#Awani FIFA
#bola sepak
#cedera
#Kumpulan C
#Kylian Mbappe
#Ousmane Dembele
#Perancis
#Piala Dunia
#PSG
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan