awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mbappe selamatkan maruah PSG

Sinar Harian
Sinar Harian
20/08/2023
00:58 MYT
Mbappe selamatkan maruah PSG
Aksi Mbappe ketika perlawanan Ligue 1 antara Toulouse dan PSG di Stadium Municipal de Toulouse, Toulouse, Perancis, 19 Ogos 2023. - REUTERS
PEMAIN sensasi, Kylian Mbappe meledak satu gol ketika menyelamatkan maruah Paris Saint Germain (PSG) ketika terikat 1-1 dengan Toulouse dalam aksi Ligue 1 pada Ahad.
Kapten Perancis itu disenaraikan semula dalam pasukan setelah keengganannya untuk menyambung kontrak.
Pada aksi itu, Mbappe bagaimanapun bermula di bangku simpanan.
Dia dimasukkan pada minit ke-51 dan memberi impak segera apabila memaksa Rasmus Nicolaisen melakukan kekasaran.
Mbappe kemudian mudah menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan PSG di depan.
Bagaimanapun impian PSG untuk meraih tiga mata tidak kesampaian.
Penyerang Toulouse, Zakaria Aboukhlal menyamakan kedudukan tiga minit sebelum tamat permainan, juga menerusi sepakan penalti.
Zakaria sebelum itu ditarik oleh rakan sepasukannya di Maghribi, Achraf Hakimi.
Keputusan itu menyaksikan pengendali PSG, Luis Enrique masih memburu kemenangan pertamanya.
"Keputusan itu mengecewakan. Kami seri kerana tidak bernasib baik.
"Saya tahu anda (media) suka soalan kontroversi, tetapi saya akan menguruskan pasukan dengan cara kami," ujar Enrique.
Jurulatih PSG itu bagaimanapun enggan menjawab persoalan Mbappe memulakan permainan di bangku simpanan.
Ia adalah penampilan pertama Mbappe sejak aksi persahabatan PSG pada 21 Julai selepas dia tidak dibawa dalam jelajah pramusim di Jepun dan Korea Selatan.
Mbappe juga tersisih daripada aksi pertama menentang Lorient yang berkesudahan terikat tanpa jaringan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PSG
#Mbappe
#Ligue 1
#Toulouse
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan