awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Media Sepanyol dedah calon jurulatih baru JDT

Astro Arena
Astro Arena
11/05/2025
06:06 MYT
Media Sepanyol dedah calon jurulatih baru JDT
Munoz berpengalaman luas dalam kancah di Eropah termasuk pernah melebarkan kariernya di Georgia, Cyprus dan Slovakia. - Stadium Astro
BEKAS pengurus Watford, Xisco Munoz, dikhabarkan bakal menjadi calon untuk mengemudi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) seperti yang didedahkan sebuah media Sepanyol, Relevo.

Ringkasan AI
  • Bekas pengurus Watford yang membawa pasukan itu ke EPL pada 2021 dikhabarkan bakal mengambil alih Johor Darul Ta'zim (JDT).
  • Munoz mempunyai latar belakang melatih di Georgia, Cyprus dan Slovakia, serta kini bersedia untuk cabaran baharu di Asia.
  • Penggantian Hector Bidoglio Bidoglio dijangka melepaskan jawatan selepas kejayaan besar JDT, dengan Munoz hampir mencapai persetujuan sebagai jurulatih baharu.

Munoz, yang merupakan sosok yang membawa Watford kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 2021, juga berpengalaman luas dalam kancah di Eropah termasuk pernah melebarkan kariernya di Georgia, Cyprus dan Slovakia.
Malah, pengendali berusia 44 tahun itu yang berehat dalam tempoh setahun menjelaskan dia kini sudah bersedia untuk mengembara lebih jauh.
"Saya juga gemarkan keberanian dan cabaran termasuk menonton bola sepak di negara lain," katanya kepada Relevo.
Menurut laporan itu lagi, "Persetujuan semakin hampir untuk dicapai, boleh dikatakan dia selangkah lagi untuk menjadi jurulatih baru kelab Asia itu.
"JDT mahu Munoz mengetuai projek baru dan yakin mendapatkan khidmatnya tidak lama lagi."
Ketua jurulatih, Hector Bidoglio, dijangka akan melepaskan jawatannya di sebalik kejayaan 'triple quadruple' dalam usaha Harimau Selatan terus memantapkan skuad. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#bekas pengurus Watford
#Xisco Munoz
#jurulatih JDT
#media Sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan