ALOR GAJAH: Kegemilangan Tanjung Bidara sebagai lokasi peranginan terkenal bakal dikembalikan antaranya menerusi pembangunan taman rekreasi sukan ekstrem, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Katanya pelbagai program dan aktiviti sukan ekstrem akan dijalankan bagi menarik minat golongan muda dan pengemar sukan lasak sekali gus menjadikan Tanjung Bidara sebagai lokasi pilihan mereka.
"Kita akan bangunkan sebuah litar sukan kereta kawalan radio jarak jauh (RC) bertaraf antarabangsa dan juga laman karavan. Ini semua adalah bagi usaha mengembalikan kegemilangan Tanjung Bidara seperti era 70an dahulu.
"Pembangunan ini juga sejajar sebagai persediaan dan memperkasakan sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Jelajah Fit Malaysia peringkat negeri Melaka di Tanjung Bidara di sini, yang disertai hampir 10,000 peserta menerusi pelbagai aktiviti sukan seperti berbasikal, Muay Thai, larian dan senamrobik.
Mengenai Jelajah Fit Malaysia, Ab Rauf berkata aktiviti sukan dan kecergasan seperti itu mampu menjadi pengikat hubungan kekeluargaan di samping mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.
Jelasnya sukan tidak harus dilihat sebagai aktiviti bersifat pertandingan dan persaingan semata-mata, sebaliknya harus kembali kepada tujuan asas dan objetktif utama bersukan iaitu untuk menyihatkan tubuh badan.
"Justeru itu, saya amat menggalakkan agar model Fit Malaysia ini dilaksanakan di kawasan kejiranan masing-masing, taman perumahan, kampung tradisional, malah di mana sahaja yang sesuai dan selamat," katanya.
Dalam masa sama, katanya rakyat Melaka harus menggunakan sebaiknya fasiliti sukan dan rekreasi yang disediakan agensi dan pihak berkaitan di pelbagai tempat di seluruh negeri ini.
"Di Melaka, terdapat banyak tempat yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti riadah seperti di Pantai Tanjung Bidara, Taman Botanikal Ayer Keroh, Stadium Tun Fatimah, Stadium Hang Jebat dan banyak lagi kawasan rekreasi lain yang boleh dimanfaatkan
"Saya berharap dapat melihat warga Melaka melakukan pelbagai aktiviti kecergasaan di kawasan sebegini kerana ia tidak memerlukan perbelanjaan yang besar untuk mempunyai gaya hidup sihat dan aktif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2023
Kegemilangan Tanjung Bidara sebagai lokasi peranginan terkenal bakal dikembalikan antaranya menerusi pembangunan taman rekreasi sukan ekstrem, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. - Foto Facebook/Ab Rauf Yusoh
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Pekerja pembersihan main peranan penting pembangunan negeri - Ab Rauf
Pekerja pembersihan menyumbang kepada pengiktirafan Bandar Raya Melaka sebagai bandar terbersih di Asia Tenggara, kata Ketua Menteri.
Kehadiran kapal persiaran mewah lonjak kemasukan pelancong ke Melaka - Ab Rauf
Pemilihan Melaka sebagai destinasi persinggahan kapal persiaran mewah Genting Dream Cruise mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Melaka.
Pembinaan terminal kapal pesiar beri tempias ekonomi kepada Melaka - Anthony
Pembinaan terminal kapal pesiar di Pulau Melaka, Banda Hilir bakal memberi tempias besar dari sudut ekonomi menerusi aktiviti pelancongan kepada Melaka.
Melaka usaha aktifkan semula penerbangan ke Pekan Baru, pasarkan pelancongan kesihatan
Sebanyak 82,941 pelancong kesihatan dari Indonesia, telah mendapatkan rawatan di Melaka pada tahun lepas.
‘Santuni MADANI’ platform tepat pantau sistem penyampaian kerajaan
Program itu dilihat mampu memberi impak dalam merapatkan jurang kemudahan antara desa dan bandar.
Melaka terima 11.25 juta pengunjung hingga September - Ab Rauf
Melaka menerima kira-kira 11.25 juta pengunjung dari Januari hingga September lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Melaka laksana kajian terperinci cari kaedah penambahbaikan atasi masalah banjir
Ab Rauf berkata, perubahan cuaca yang tidak menentu ketika ini menyebabkan bencana banjir berlaku tanpa dijangka.
Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif
Ab Rauf berkata sukan merupakan antara indikator utama dalam menjamin kesepaduan rakyat.
Melaka tidak kompromi ajaran sesat - Ab Rauf
Kerajaan negeri tidak berkompromi dengan mana-mana gerakan yang melanggar tatacara dan akidah Islam.