awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mental kena kuat berdepan Belanda'

Sinar Harian
Sinar Harian
10/01/2023
01:45 MYT
'Mental kena kuat berdepan Belanda'
S Kumar berkata, skuad The Speedy Tigers seharusnya tidak terlalu memandang tinggi keupayaan lawan mereka itu sehingga mengundang padah. - Foto Sinar Harian
SKUAD hoki negara diminta belajar daripada pengalaman apabila berdepan Belanda dalam aksi pembukaan Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Stadium Antarabangsa Birsa Munda, Rourkela, India pada 14 Januari ini.
Jurulatih penjaga gol negara, S Kumar berkata, skuad The Speedy Tigers seharusnya tidak terlalu memandang tinggi keupayaan lawan mereka itu sehingga mengundang padah.
“Pada Piala Dunia 2018 di India, aksi pertama kita lawan Belanda dan pada edisi kali ini juga akan berdepan Belanda. Jadi kita kena beri yang terbaik kerana keputusan aksi pertama penting.
“Bila main dengan Belanda, kita mula rasa lemah... tak boleh macam itu, mental perlu kuat. Saya harap pengalaman menentang Belanda pada Piala Dunia 2018 boleh dijadikan pengajaran,” katanya.
Pada kempen Piala Dunia 2018, Malaysia bermula dengan langkah kiri apabila mengalami kekalahan besar 0-7 kepada Belanda dalam saingan pembuka tirai Kumpulan D di Bhubaneswar, India.
Kumar berkata, persoalan mengenai keputusan perlawanan bukan keutamaan, sebaliknya barisan pemain negara perlu menampilkan terbaik, sekali gus melakar keputusan positif.
“Kita bermain secara berpasukan. Tak kisah siapa yang turun beraksi nanti, pemain-pemain perlu pamer prestasi terbaik secara individu dan berpasukan,” ujarnya.
Selepas pertemuan menentang Belanda, Malaysia dijadualkan berdepan Chile di venue sama pada 16 Januari sebelum mengakhiri aksi Kumpulan C bertemu New Zealand di Bhubaneswar pada 19 Januari.
Pencapaian terbaik Speedy Tigers di pentas Piala Dunia adalah menduduki tempat keempat di laman sendiri pada 1975, manakala edisi terakhir di India menyaksikan skuad negara sekadar di kedudukan ke-15. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#skuad hoki negara
#Piala Dunia 2023
#Stadium Antarabangsa Birsa Munda
#S Kumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan