PEMILIK kelab juara Liga Super 10 kali berturut-turut Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.
Malah Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor, situasi tersebut sekali gus tidak akan menghasilkan liga yang lebih berkualiti pada masa depan.
Menurutnya, padang bola sepak dimiliki kebanyakan pasukan yang bertanding di Liga-M dianggap masih jauh ketinggalan dengan pasukan dari negara serantau.
“Bukan SNBJ sahaja. Semua stadium dalam negara sama, berlopak ketika hujan. Yang tidak berlopak adalah Stadium Sultan Ibrahim di Johor. Itu adalah fakta. Cow grass mempunyai tanah liat bercampur dengan tanah gambut. Itu buatkan air susah nak serap.
“Kita juga satu-satunya negara Asia Tenggara yang masih sanjung rumput lembu. Fasiliti dan infra bola sepak teruk.
"Mentaliti bodoh sombong, cepat puas hati, selesa, tidak boleh terima fakta dan sentiasa ada alasan untuk jatuhkan standard liga kita,” tulis Tunku Ismail dalam hantaran menerusi Instagram Story.
Tunku Ismail kemudian sekali lagi menitipkan nasihat berkata: "Thailand sudah atas kita. Indonesia atas kita dalam segi infrastruktur dan kalau mentaliti kita tidak berubah.
"Liga negara macam Vietnam, Filipina dan Kemboja akan pintas kita dalam segi infrastruktur bola sepak yang memainkan peranan penting dalam melahirkan kualiti dan standard liga. 'Good Luck'."
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 25 2024
Menurut Tunku Ismail, padang bola sepak dimiliki kebanyakan pasukan yang bertanding di Liga-M dianggap masih jauh ketinggalan dengan pasukan dari negara serantau. - Sinar Harian
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.
'Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya' - Tunku Ismail
Tunku Ismail memberikan bayangan kemungkinan satu kerjasama akan terbentuk bersama FAM dalam tempoh terdekat.
Pelarasan semula cuti hujung minggu Johor bakal impak 2.5 juta individu - MB
Penyelarasan cuti hujung minggu Johor kepada hari Sabtu dan Ahad akan menitikberatkan semua aspek, termasuk agama.
'Kami tak buat janji kosong' - TMJ
Pasukan JDT tidak mencipta drama atau konspirasi sebaliknya membuktikan keupayaan mereka dengan memenangi setiap perlawanan.
JDT menang Piala FA: “No comment” - Tunku Ismail
Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor turut berkongsi hantaran bertulis "Why comment? Just win baby..."
Piala FA: Tunku Ismail turun uji gelanggang final
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencemar duli apabila turun menguji padang Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
TMJ pelawa Figo ke JB soal pembangunan bola sepak negara
Tunku Ismail meluangkan masa bertemu dengan legenda bola sepak dunia, Luis Figo di Sepanyol.
Tunku Ismail berkenan derma rumput hibrid kepada Stadium Nasional Bukit Jalil
Hasil kaji selidik yang dijalankan di padang Stadium Nasional menunjukkan bahawa rumput hibrid lebih sesuai ditanam di venue keramat Harimau Malaya itu.