awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Messi diundang sertai laluan kemasyhuran di stadium Maracana Brazil

Bernama
Bernama
20/12/2022
10:30 MYT
Messi diundang sertai laluan kemasyhuran di stadium Maracana Brazil
Messi akan menjadi lapan pemain asing yang diundang menyertai kumpulan itu termasuk bekas pemain pertahanan Jerman, Franz Beckenbauer dan pemain hebat Portugal, Eusebio.- Foto Stadium Astro
RIO DE JANEIRO: Juara Piala Dunia, Lionel Messi bakal diundang menyertai laluan kemasyhuran (walk of fame) di stadium Maracana di Brazil, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik laporan portal berita GloboEsporte.com.
Menurut laporan itu pentadbir bersama stadium Suderj, akan menghantar jemputan rasmi kepada Persekutuan Bola sepak Argentina (AFA) pada Isnin.
Walk of fame Maracana ialah kawasan yang dikhaskan untuk menghormati pemain bola sepak yang hebat. Mereka dipelawa untuk meletakkan kaki mereka atau tangan (untuk penjaga gol) dalam acuan khas yang kemudiannya dipamerkan di stadium.
Antara bintang bola sepak yang pernah mengabadikan jejak mereka di laluan itu Maracana ialah Legenda Brazil Pele, Garrincha dan Ronaldo
Messi akan menjadi lapan pemain asing yang diundang menyertai kumpulan itu termasuk bekas pemain pertahanan Jerman, Franz Beckenbauer dan pemain hebat Portugal, Eusebio.
Andai beliau menerima jemputan itu, Messi muncul pemain Argentina pertama yang diberi penghormatan di ruang itu.
Pada 2014, Messi terlepas peluang memenangi gelaran Piala Dunia di Maracana selepas pasukannya kecundang di tangan Jerman 0-1.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#Piala Dunia 2022
#Stadium Maracana
#Brazil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan