Belanda yang dibimbing Louis van Gaal tidak berdepan kesukaran untuk melepasi Kumpulan B yang dianggap kumpulan paling maut, dengan menundukkan Sepanyol, Australia dan Chile.

Skuad yang digelar Oranje itu mendahului carta penjaring peringkat kumpulan, dengan mengumpul 10 gol hasil daripada kesemua tiga perlawanan.

Atas kertas, Belanda akan turun selaku pilihan ketika berdepan dengan Mexico di Fortaleza.

Mexico mempamerkan kekuatan di bahagian benteng mereka apabila menamatkan Kumpulan A di belakang Brazil dengan hanya melepaskan satu gol sahaja, termasuk keputusan mengikat Brazil yang hangat diperkatakan.

Namun keampuhan mereka di bahagian belakang akan teruji sepenuhnya apabila bakal berhadapan dengan gandingan yang digeruni, Arjen Robben dan Robin van Persie akan kembali daripada pergantungan.

Mexico bagaimanapun tetap yakin untuk ke peringkat suku akhir di venue asing buat pertama kali.

Untuk rekod, El Tri terkandas di peringkat 16 dalam lima edisi yang lepas.

Perancang mereka Andres Guardado memberi amaran kepada Belanda bahawa rakan sepasukannya tidak hanya akan turun untuk melengkapkan jadual sahaja.

"Ya ia akan menjadi perlawanan yang sukar," katanya dalam laman FIFA.com.

"Kami sudah pun melalui tiga perlawanan sukar, terutamanya bertemu Brazil yang merupakan salah satu pasukan pilihan.

"Kami tidak akan merendahkan jangkaan kami, kami masih berharap untuk melakar sejarah bola sepak Mexico.

"Secara jujurnya kami tidak takut dengan apapun, kami gembira untuk bertemu sesiapapun dan menjangkakan untuk menang."