awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MLS: Bekas penolong jurulatih Manchester City kini pengarah sukan Austin City

Astro Arena
Astro Arena
01/07/2023
05:52 MYT
MLS: Bekas penolong jurulatih Manchester City kini pengarah sukan Austin City
Borrel dinamakan penolong pengurus City menjelang musim lalu, di mana mereka kemudian memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA. - Gambar/ Stadium Astro
PENOLONG jurulatih Manchester City, Rodolfo Borrel, meninggalkan pasukan juara 'treble' itu untuk menjawat tugasan sebagai pengarah sukan kelab Liga Utama Amerika Syarikat (MLS), Austin FC.
Individu berbangsa Sepanyol itu menyertai City daripada Liverpool pada 2014 sebagai pengarah teknikal global sebelum dilantik ketua jurulatih akademi dan kemudian menyertai pasukan kejurulatihan Pep Guardiola.
Borrel dinamakan penolong pengurus City menjelang musim lalu, di mana mereka kemudian memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA tetapi dia kini menjadi leftenan kedua Guardiola meninggalkan pasukan itu selepas Enzo Maresca dilantik sebagai pengurus Leicester City awal bulan ini.
Pengarah Bolasepak Austin City, Txiki Begiristain, berkata: "Dia telah memainkan peranan yang signifikan buat pencapaian kelabnya sepanjang sembilan tahun ini.
"Pengurus kami sering bercakap mengenai betapa pentingnya peranan staf kejurulatihan dalam membantunya dan pasukan untuk mencapai apa yang kami ada ketika ini.
"Rodolfo juga sudah pasti menjadi sebahagian daripadanya sepanjang dia di Manchester City.
"Saya amat yakin dia akan menjadi aset besar buat Austin FC dan bola sepak di Amerika Syarikat," katanya. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Manchester City
#Rodolfo Borrel
#MLS
#Austin FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan