awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamad Norza dilantik Pengerusi Jawatankuasa Sukan untuk semua OCA

Bernama
Bernama
13/07/2023
09:38 MYT
Mohamad Norza dilantik Pengerusi Jawatankuasa Sukan untuk semua OCA
Sebelum pelantikan berkenaan, Mohamad Norza adalah Ahli Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa OCA bagi penggal 2019-2023. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sukan untuk semua Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi penggal 2023 hingga 2027.
MOM dalam kenyataan hari ini memaklumkan dengan pelantikan itu, beliau juga akan berada dalam Lembaga Eksekutif OCA.
"Saya tidak sabar untuk berkhidmat dalam Gerakan Olimpik di peringkat benua.
"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Presiden OCA yang baru dipilih, Sheikh Talal Fahad Al-Sabah, atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk berada dalam barisan kepimpinan beliau bagi mempromosikan Gerakan Olimpik di Asia ke tahap lebih tinggi," kata Mohamad Norza dalam kenyataan sama.
Sebelum pelantikan berkenaan, Mohamad Norza adalah Ahli Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa OCA bagi penggal 2019-2023.
Perhimpunan Agung OCA ke-42 diadakan di Pusat Konvensyen Bangkok, Thailand pada 8 Julai lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Norza Zakaria
#pengerusi jawatankuasa sukan
#Majlis Olimpik Asia
#OCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan