awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamad Norza dipilih sebagai Ahli Majlis BWF

Bernama
Bernama
26/04/2025
11:39 MYT
Mohamad Norza dipilih sebagai Ahli Majlis BWF
BAM menyifatkan pemilihan itu mencerminkan pengiktirafan komuniti badminton dunia terhadap kepimpinan, visi dan komitmen berterusan Mohamad Norza. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria telah dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi penggal 2025-2029, hari ini.
Dalam kenyataan hari ini, BAM merakamkan ucapan tahniah kepada Mohamad Norza dan menyifatkan pemilihan itu mencerminkan pengiktirafan komuniti badminton dunia terhadap kepimpinan, visi dan komitmen berterusan beliau terhadap kemajuan sukan itu di Malaysia mahupun antarabangsa.
"BAM, yang mempunyai wakil dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BWF di Xiamen, China berasa bangga apabila wakil Malaysia terus mendapat tempat dalam kepimpinan tertinggi badan induk badminton dunia," menurut kenyataan itu.
BAM turut mendoakan Presiden Majlis Olimpik Malaysia itu terus berjaya dalam menjalankan tugas baharunya untuk berkhidmat kepada komuniti badminton dunia.
Pada November lepas, tokoh korporat berusia 58 tahun itu dilantik sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM selepas meletakkan jawatan sebagai Presiden BAM pada Ogos.
Dalam pada itu, Khunying Patama Leeswadtrakul dari Thailand sah dipilih sebagai Presiden BWF yang baharu.
Menurut kenyataan dalam laman sesawang rasmi BWF, Leeswadtrakul merupakan wanita kedua yang pernah memegang jawatan Presiden BWF.
Beliau menang tanpa bertanding dan menggantikan Poul-Erik Hoyer Larsen, yang tempoh 12 tahun perkhidmatannya sebagai Presiden BWF tamat hari ini.
Hoyer kemudian dipilih sebagai Naib Presiden Kehormat Seumur Hidup BWF pada AGM tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAM
#Mohamad Norza Zakaria
#ahli majlis
#BWF
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan