awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka

Moto d’Italia: Episod pertama dilancarkan di Kuala Lumpur

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2026
00:45 MYT
Moto d’Italia: Episod pertama dilancarkan di Kuala Lumpur
Langella berkata pelancaran rasmi musim Kejuaraan Dunia MotoGP 2026 di Kuala Lumpur sekali gus menjadi platform ideal untuk menampilkan kandungan episod pertama siri ini. - Foto Kedutaan Itali di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Sebagai sebahagian daripada aktiviti diplomasi sukan yang dipromosikan oleh Kementerian Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Itali, Kedutaan Itali di Kuala Lumpur pada Jumaat melancarkan pratonton dunia episod pertama “Moto d’Italia - Culture, Beyond the Track.”
Antara lain, projek audiovisual ini dipromosikan oleh Direktorat Jeneral bagi Pertumbuhan dan Promosi Eksport, Kementerian Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Itali, dengan kerjasama rapat MotoGP, Persekutuan Motosikal Itali (FMI), ANCMA - Persatuan Kebangsaan Basikal, Motosikal dan Aksesori, EICMA - Pameran Antarabangsa Basikal, Motosikal dan Aksesori, serta Agensi Perdagangan Itali (ICE).
Disusun sebagai mini siri empat episod, projek ini bertujuan mempromosi dan memperkukuh rantaian bekalan motosikal Itali, satu kecemerlangan dalam pembuatan Itali dan pada masa sama menggalakkan identiti budaya negara tersebut, yang menggabungkan industri, kepakaran, kreativiti dan semangat juang .
Duta Itali ke Malaysia, Raffaele Langella berkata, pelancaran rasmi musim Kejuaraan Dunia MotoGP 2026 yang diadakan di Kuala Lumpur menjadi salah satu acara utama dalam dunia permotoran global, sekali gus menjadi platform ideal untuk menampilkan kandungan episod pertama siri ini.
"Sukan permotoran dan persekitaran litar perlumbaan mewakili titik pertemuan antara persaingan, penyelidikan dan visi masa depan.
"Melalui naratif kolektif, suara pemimpin syarikat dan wakil institusi digabungkan bersama pelumba, jurutera, pereka serta profesional teknikal, menyampaikan 'kaedah Itali' yang berasaskan perkongsian ilmu dan kepakaran yang saling melengkap antara satu sama lain," katanya semasa melancarkan “Moto d’Italia -Culture, Beyond the Track.” di Kedutaan Itali di Kuala Lumpur, pada Khamis.
Menurut beliau, daripada idea tersebut, perspektif diperluaskan kepada budaya motosikal Itali yang disusun melalui tema-tema pelengkap merangkumi teknologi, reka bentuk, wilayah dan landskap, yang memandu setiap episod dan membawa kepada inti pati projek.
“Menjelang upacara pembukaan Sukan Olimpik Milan Cortina 2026, peranan sukan sebagai alat diplomasi semakin diperkukuh. Hasil kerjasama erat dengan MotoGP, Kedutaan mahu mendedikasikan acara ini untuk meraikan nilai dan semangat yang mengilhamkan," kata Langella.
Beliau menambah, dalam konteks di Malaysia, sukan kini menjadialat atau jambatan antara rakyat dan budaya, selain mewujudkan peluang baharu kepada syarikat yang beroperasi dalam sektor bersesuaian.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta pula berkata, MotoGP meletakkan asas dan warisan kukuh dalam perlumbaan Itali, justeru, projek yang digerakkan menjadi cerminan bagaimana budaya, teknologi dan sukan bergabung untuk membentuk sebuah naratif yang melangkaui litar perlumbaan semata-mata.
"Kami berbangga menyokong inisiatif yang meraikan kecemerlangan Itali dan mengukuhkan hubungan antara MotoGP dengan salah satu negara paling berpengaruh dalam dunia sukan permotoran," katanya.
Acara ini adalah susulan daripada usaha menyeluruh bagi merangsang pertumbuhan, khususnya acara padanan perniagaan antarabangsa “Racing beyond borders: Italy and the motorcycle passion” yang dianjurkan pada Oktober 2025 oleh ICE di Sepang sempena Grand Prix Malaysia.
Topic Berkaitan
#Moto d'Italia
#episod pertama
#siri audiovisual
#pratonton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.