awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MotoGP: Yamaha gugurkan Vinales daripada GP Austria

Astro Arena
Astro Arena
13/08/2021
05:09 MYT
MotoGP: Yamaha gugurkan Vinales daripada GP Austria
Pelumba berusia 26 tahun itu gagal menamatkan perlumbaan GP Styria minggu lalu, di mana dia mendedahkan ia berpunca daripada pelbagai isu elektronik. - Instagram/ maverick12official
MONSTER Energy Yamaha menggugurkan pelumbanya, Maverick Vinales, daripada saingan Grand Prix Austria hujung minggu ini berikutan 'cara kendalian motosikal yang tidak sepatutnya' dalam perlumbaan minggu lalu.
Pelumba berusia 26 tahun itu gagal menamatkan perlumbaan GP Styria minggu lalu, di mana dia mendedahkan ia berpunca daripada pelbagai isu elektronik.
Bagaimanapun, Yamaha berkata dalam satu kenyataan malam tadi bahawa tindakan yang dilakukan Vinales itu berpotensi menyebabkan kerosakan signifikan kepada enjin dan menggantung pelumba Sepanyol itu daripada perlumbaan pusingan ke-11 kejohanan berkenaan.
Keputusan itu diambil Yamaha berdasarkan satu kajian terperinci terhadap telemetri dan data yang diambil sepanjang beberapa hari lalu.
Vinales, yang merupakan rakan sepasukan kepada pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo, tidak akan digantikan oleh mana-mana pelumba di Red Bull Ring.
Juara enam perlumbaan MotoGP itu mengumumkan pada Jun lalu bahawa dia akan meninggalkan Yamaha setahun lebih awal pada penghujung musim 2021.
- StadiumAstro / Muzaffar Musa
Topic Berkaitan
#MotoGP
#maverick vinales
#monster energy yamaha
#Grand Prix
#pelumba motosikal
#GP Styria
#Yamaha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan