Atlet olahraga, Muhammad Hakimi Ismail melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan kemarau pingat emas negara selama 18 tahun dalam acara lompat kijang pada Sukan SEA ke-28 di sini.
Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas acara tersebut ialah pada Sukan SEA 1997 di Jakarta, Indonesia menerusi Mohd Zaki Sadri yang melakukan lompatan sejauh 16.05 meter.
Lebih manis lagi, Muhammad Hakimi bukan sahaja meraih pingat emas, malah beliau turut memperbaharui rekod Sukan SEA, selepas mencatat lompatan sejauh 16.76m pada aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura hari ini.
Atlet berasal dari Felda Rentam, Pahang itu berjaya memadamkan rekod lama 16.67m yang dicipta atlet Vietnam, Hung Nguyen Van pada Sukan SEA 2013 di Myanmar.
Pingat perak menjadi milik Kongnil Varunyoo dari Thailand dengan lompatan sejauh 16.20m, manakala pingat gangsa dimenangi atlet Vietnam, Nguyen Van Hung (15.92m).
Muhammad Hakimi, 24, bagaimanapun kurang berpuas hati dengan pencapaian itu kerana jurulatihnya Victor Sotnikov dari Rusia meletakkan sasaran lebih tinggi iaitu 16.90m, untuk layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil dan Kejohanan Olahraga Dunia 2015 di Beijing, China pada Ogos.
"Saya perlu segera mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi kekurangan yang ada jika ingin pergi lebih jauh dalam acara lompat kijang," katanya.
Pemenang pingat perak acara yang sama pada Sukan SEA 2013 itu berkata beliau tetap bersyukur kerana berjaya menebus kembali kegagalannya di Myanmar dua tahun lepas .
"Alhamdulillah syukur kerana akhirnya saya dapat meraih pingat emas walaupun agak tertekan ketika melakukan lompatan terakhir," katanya.
Muhammad Hakimi berkata kejayaan itu juga adalah hasil persiapan rapi selama dua bulan di Australia pada awal tahun ini.
Sementara itu, atlet lompat bergalah lelaki negara, Iskandar Alwi terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa setelah melakukan lompatan setinggi 5.05 meter.
Pingat emas menjadi milik Purahong Porranot dari Thailand dengan lompatan setinggi 5.30 meter dan pencapaian atlet berusia 19 tahun itu, berjaya mengatasi catatan 5.21m yang sebelum ini dipegang oleh Sintawacheewa Kreete juga dari Thailand, pada Sukan SEA 2009 di Laos.
Pingat perak acara tersebut dimenangi oleh Obiena Ernest John dari Filipina dengan lompatan setinggi 5.25m.
Nasib berbeza menimpa atlet pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli yang hanya menduduki tempat keempat dalam acara 100m selepas mencatat masa 11.93 saat.
Pingat emas dimenangi Richardson Kayla Anise dari Filipina manakala pingat perak menjadi milik pelari Thailand, Wannakit Tassaporn, dengan kedua-dua pelari itu mencatat masa yang sama 11.76s.
Pingat gangsa pula diraih atlet Singapura, Pereira Veronica Shanti dengan catatan 11.88s.
Bernama
Tue Jun 09 2015
Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas acara tersebut ialah pada Sukan SEA 1997 di Jakarta, Indonesia menerusi Mohd Zaki Sadri. - Foto Bernama
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Andre mahu fokus acara lompat kijang
Atlet berusia 22 tahun dari Sabah itu mahu lebih terarah ke acara lompat kijang apabila berpeluang mewakili negara.
Sukan Komanwel: Kurang pengalaman punca Andre tidak menyerlah - Jurulatih
Andre tidak merekodkan sebarang catatan di Stadium Alexander selepas kesemua tiga percubaannya batal.
Sukan SEA Hanoi: Andre ubati kekecewaan, tuai emas lompat kijang
Atlet olahraga negara Andre Anura Anuar berjaya mengubati bukan satu tetapi dua kekecewaan dihadapinya sebelum ini dengan merangkul pingat emas acara lompat kijang lelaki Sukan SEA ke-31 hari ini.
Hup Wei raih emas di Kazakhstan, Jonathan pungut perak
Atlet berusia 34 tahun itu meraih pingat emas selepas melakukan lompatan melepasi ketinggian 2.10 meter, jauh di bawah prestasi terbaiknya iaitu 2.29 meter yang dicatat pada 2019.
Kegigihan Nik Fariezal berbalas dengan suntikan semangat
Kegigihan atlet pelapis olahraga, Nik Fariezal Erman Nik Abd Hadi berjaya melayakkan diri ke KL2017 telah menarik perhatian pemaju rumah mampu milik, DBI Technology Sdn Bhd untuk menajanya.
Hakimi pecah rekod acara lompat kijang Sukan SEA
Atlet olahraga, Muhammad Hakimi Ismail melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan kemarau pingat emas negara selama 18 tahun dalam acara lompat kijang pada Sukan SEA ke-28.
Muhammad Hakimi raih emas acara lompat kijang, pecah rekod Sukan SEA
Atlet olahraga, Muhammad Hakimi Ismail melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan kemarau pingat emas negara selama 18 tahun dalam acara lompat kijang pada Sukan SEA ke-28 di sini.