awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nafuzi lega TFC tamat kemarau kemenangan

Bernama
Bernama
14/08/2022
04:10 MYT
Nafuzi lega TFC tamat kemarau kemenangan
Aksi pemain TFC, Kpah Sherman (kiri), dan pemain Sarawak United FC, Norman Angkun, pada saingan Liga Super 2022 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA NERUS: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain melahirkan rasa syukur apabila berjaya meraih tiga mata berharga dalam aksi Liga Super menentang Sarawak United FC, malam tadi.
Kejayaan itu sekali gus menamatkan kemarau kemenangan skuad Penyu dalam empat perlawanan yang menyebabkan mereka keciciran banyak mata.
Katanya, pujian perlu diberikan kepada anak buahnya yang bekerja keras menghadirkan kemenangan walaupun bermain dalam keadaan cedera dan tidak sihat.
"Dengan jadual perlawanan sangat padat, pemain sememangnya terlalu penat tetapi mereka tetap memberikan yang terbaik untuk pasukan.
"Sebagai contoh Faisal Halim terpaksa kita turunkan juga malam tadi walaupun masih tidak sihat. Begitu juga Manuel Ott yang belum bersedia kerana sudah lima hari tidak berlatih," katanya selepas perlawanan menentang Sarawak United FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berkesudahan dengan kemenangan 1-0.
Hasil kemenangan itu, TFC yang sebelum ini menduduki tempat kelima carta Liga Super berjaya naik satu tangga selepas memungut 20 mata daripada 14 perlawanan.
Sementara itu, pengendali Sarawak United FC S Balachandran berkata beliau agak kecewa kerana gagal mengutip sekurang-kurangnya satu mata daripada perlawanan di tempat lawan malam tadi.
Bagaimanapun, beliau tetap memuji prestasi serta corak persembahan anak buahnya terutama di bahagian pertahanan.
"Kita masih ada baki enam perlawanan untuk Liga Super musim ini. Jadi kita perlu lupa kekalahan malam ini dan bangkit untuk perlawanan menentang PJ City FC di laman sendiri selepas ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Terengganu FC
#tamat kemarau kemenangan
#Nafuzi Zain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan