Nasib barisan jurulatih badminton kebangsaan berkemungkinan besar terletak di tangan legenda badminton Denmark, Morten Frost yang akan memikul tanggungjawab selaku Pengarah Teknikal BAM.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff memberi bayangan sedemikian seolah-olah badan induk itu tidak mempunyai kuasa menawarkan kontrak baharu kepada barisan jurulatih selepas kehadiran Frost pada Mac depan.
Tengku Mahaleel berkata berdasarkan kontrak yang ditawarkan, Frost diberi kebebasan sepenuhnya menentukan barisan jurulatih yang dikehendaki mengikut laporan penilaian prestasi komprehensif yang dijalankan oleh beberapa pihak.
"Apabila Morten Frost datang, kita akan berbincang dan tentukan siapa akan mengetuai bahagian mana berdasarkan kepada laporan komprehensif yang disediakan Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), anggota majlis BAM dan ketua jawatankuasa kejohanan.
"Dalam kontrak, Frost dibenarkan membuat perubahan. Kami akan berbincang siapa yang terbaik untuk apa dan siapa yang patut melakukan apa, bila dan bagaimana. Dia dah kenal jurulatih kita," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan barisan jurulatih kebangsaan di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini pada Isnin.
Pertemuan yang berlangsung dari 11 pagi hingga 4 petang itu, turut dihadiri hampir kesemua jurulatih kebangsaan, namun kelibat jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek tidak kelihatan.
Hampir semua jurulatih badminton negara tamat kontrak pada Disember lepas termasuk Rashid, Tey Seu Bock, Rosman Razak, Pang Cheh Chang, Jeremy Gan dan Wong Tat Meng.
Mereka juga dikatakan telah menerima tawaran kontrak sehingga Mac menerusi emel yang dihantar pada tarikh kontrak tamat.
Mengenai lanjutan kontrak sehingga Mac itu, Tengku Mahaleel berkata ia dilaksanakan kerana mengambil kira persiapan skuad badminton negara menghadapi Sukan SEA di Singapura pada Mei depan.
"Sukan SEA semakin hampir dan beberapa kejohanan sudah dekat, jadi kami perlu lakukan sesuatu. Kami melanjutkan kontrak jurulatih pada waktu ini kerana bimbang akan mengganggu persiapan skuad badminton," katanya.
Dalam pada itu, Tengku Mahaleel berkata jika Frost tidak memilih mana-mana jurulatih untuk tersenarai dalam perancangan beliau, barisan jurulatih berkenaan akan ditawarkan kontrak lanjutan selama tiga bulan bagi membolehkan mereka mencari pekerjaan baharu.
"BAM memberi jaminan sekiranya mereka menerima kontrak baharu, kenaikan gaji serta bonus kemenangan yang tertunggak pada tahun lepas akan dibayar sepenuhnya," kata beliau.
Tengku Mahaleel berkata mana-mana jurulatih yang berjaya menunjukkan keputusan yang ditetapkan dan melaksanakan tanggungjawab seperti tertakluk dalam kontrak, tidak perlu bimbang dengan masa depan mereka bersama BAM.
Katanya pertemuan hari ini juga bagi membincangkan perkara berkenaan bagi memberi senario jelas kepada barisan jurulatih kebangsaan yang pada dasarnya bimbang dengan kedudukan mereka selepas kehadiran Frost nanti.
Bernama
Tue Jan 06 2015
Tengku Mahaleel (gambar) berkata berdasarkan kontrak yang ditawarkan, Frost diberi kebebasan sepenuhnya menentukan barisan jurulatih yang dikehendaki. - Gambar Fail
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Malaysia perlu berani menentang Denmark
Hanya kemenangan menentang Denmark, kuasa besar badminton dunia, dalam aksi penting Kumpulan D Piala Thomas 2024 esok akan membawa Malaysia mendahului carta kedudukan.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Pemain Astro Kem Badminton berpeluang berlatih dengan jurulatih dari BAM
Menurut Ketua Jurulatih Astro Kem Badminton 2024, Lee Wan Wah latihan intensif selama 5 hari itu merupakan satu peluang terbaik untuk pemain merasai pengalaman berlatih seperti untuk mewakili negara.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.