awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazmi, belajar dari kesilapan - Amri

Astro Arena
Astro Arena
03/06/2015
10:41 MYT
Nazmi, belajar dari kesilapan  - Amri
"Belajar dari kesilapan," kata penyerang kebangsaan Mohd Amri Yahyah kepada pemain tengah skuad Bawah 23 (B-23) negara, Muhammad Nazmi Faiz.
Mohd Amri, yang pernah mengalami nasib yang sama, berkata pemain muda itu perlu mengambil perkara itu sebagai motivasi diri untuk terus berjaya dalam kerjayanya.
"Mungkin dalam situasi itu dia seorang sahaja tahu apa yang berlaku dan kita tidak pasti apa yang berlaku ke atasnya kerana ia juga pernah berlaku pada saya. Saya berharap janganlah semua orang salahkan dia," kata Mohd Amri ketika ditemui pada sesi latihan skuad 'Harimau Malaya' di padang latihan Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini.
Muhammad Nazmi Faiz terpaksa menamatkan saingan Sukan SEA ke-28 di Singapura berikutan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenakan penggantungan enam perlawanan akibat kesalahan meludah pemain Timor Leste, Filipe Oliveira, pada aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Bishan, Singapura, Sabtu lepas.
Mohd Amri yang didapati bersalah meludah salah seorang pemain Kuwait ketika Malaysia tewas 6-1 pada kelayakan Piala Dunia Zon Asia Kumpulan 4, pada 2004, dikenakan denda RM48,000 selain digantung enam perlawanan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Topic Berkaitan
#bola sepak
#harimau muda
#ludah
#Muhammad Nazmi Faiz Mansor
#Sukan SEA
#Timor Leste
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan