awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazmi dipilih adili aksi Uzbekistan-Thailand

Bernama
Bernama
29/01/2024
12:52 MYT
Nazmi dipilih adili aksi Uzbekistan-Thailand
Muhammad Nazmi akan dibantu dua pembantu pengadil dari Malaysia, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid. - Bernama
DOHA: Pengadil elit negara, Muhammad Nazmi Nasaruddin diberi kepercayaan untuk mengadili pertembungan antara Uzbekistan dan Thailand pada perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub di sini, esok.
Muhammad Nazmi akan dibantu dua pembantu pengadil dari Malaysia, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid.
Perkara itu disahkan satu-satunya pakar teknikal pengadil pertandingan dari Malaysia, Subkhiddin Mohd Salleh ketika dihubungi Bernama di sini.
Pada perlawanan esok juga, Omar Mohamed Ahmed Hassan Alali dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) ditugaskan sebagai pengadil Video Bantuan Pengadil (VAR) dan akan dibantu Khalid Saleh H Alturais dari Arab Saudi sebagai pembantu VAR.
Thailand, yang membuat penampilan kedua berturut-turut di pusingan 16 terbaik Piala Asia, berpeluang menjadi wakil tunggal pasukan Asia Tenggara layak ke peringkat suku akhir selepas Indonesia tumpas 0-4 di tangan Australia semalam.
Dalam pada itu, Uzbekistan mengintai untuk layak ke suku akhir buat kali keempat dalam usaha mencipta sejarah mara buat julung kali ke pentas separuh akhir.
Sebelum ini, Muhammad Nazmi yang dibantu Mohamad Zairul dan Mohd Arif turut diberi mandat mengadili perlawanan terakhir saingan Kumpulan D antara Iraq dan Vietnam yang berkesudahan 3-2 berpihak Iraq dengan satu layangan kad merah diberikan kepada pemain Vietnam, Khuat Van Khang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengadil
#Piala Asia
#Muhammad Nazmi Nasaruddin
#pengadil malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan