awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazmi Faiz digugurkan susulan kecederaan pangkal paha

Bernama
Bernama
16/03/2022
08:12 MYT
Nazmi Faiz digugurkan susulan kecederaan pangkal paha
Pan Gon berkata pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mengalami kecederaan semasa menjalani kem latihan berpusat di Stadium Nasional Bukit Jalil sejak Isnin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih pasukan bola sepak negara Kim Pan Gon menggugurkan pemain tengah Muhamad Nazmi Faiz Mansor dari skuad Harimau Malaya susulan kecederaan di pangkal paha.
Pan Gon berkata pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berumur 27 tahun itu mengalami kecederaan semasa menjalani kem latihan berpusat di Stadium Nasional Bukit Jalil sejak Isnin.
"Pengurusan pasukan negara memutuskan untuk tidak memanggil pemain ganti, dan meneruskan kem latihan dengan 29 pemain sedia ada ketika ini," katanya dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Semalam Pan Gon memanggil pemain tengah Kuala Lumpur City FC Zhafri Yahya, yang berada dalam senarai menunggu, bagi menggantikan penyerang Petaling Jaya City FC Darren Lok, yang didapati positif COVID-19.
Terdahulu jurulatih dari Korea itu telah memanggil pemain pertahanan Negeri Sembilan FC Ahmad Khuzaimi Piee bagi menggantikan pemain JDT Syahmi Safari, yang terdahulu memohon pengecualian susulan kelahiran bayi kembar tiga.
Malaysia dijadual berdepan Filipina pada 23 Mac dan tuan rumah Singapura pada 26 Mac dalam perlawanan Persahabatan Peringkat 1 Antarabangsa di Stadium Nasional Singapura, sebelum menentang pasukan Liga Singapura, Albirex Niigata pada 28 Mac di Stadium Jalan Besar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kim Pan Gon
#Muhamad Nazmi Faiz Mansor
#harimau Malaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan