Teka-teki mengenai masa depan pemain remaja kebangsaan, Nazmi Faiz Mansor akhirnya terjawab.
Nazmi sah menyertai kelab Liga Super, PKNS Selangor dengan kontrak selama tiga tahun.
Perkara itu disahkan presiden PKNS, Noor Hisham Gouth ketika dihubungi Astro Awani.
"Nazmi sudah tandatangan kontrak bersama kami untuk tiga tahun dan dia kini sah milik PKNS.
"Untuk mendapatkan pemain seperti Nazmi adalah sesuatu yang diidamkan mana-mana pasukan di negara ini," jelas Noor Hisham.
Noor Hisham berkata hubungan baik antara PKNS dan ejen yang mewakili Nazmi, Marco Guimaraes turut memudahkan urusan perpindahan pemain berusia 18 tahun itu.
Apa yang menarik, perpindahan Nazmi ini berlaku ketika tempoh pendaftaran pemain Liga Super sudah ditutup.
Noor Hisham bagaimanapun mempunyai hujah tersendiri bagi menjawab persoalan berkenaan.
"Terdapatnya peraturan di mana pemain amatur dibenarkan untuk disenaraikan sekiranya sesuatu pasukan itu mempunyai pemain yang diambil mewakili negara.
"Dalam konteks PKNS, kami ada pemain yang didaftarkan dalam skuad bawah 21 tahun kebangsaan jadi ada kekosongan buat Nazmi disenaraikan dalam pasukan."
Nazmi sebelum ini dilepaskan kelab Liga Super Portugal, SC Beira Mar selama enam bulan selepas pemain itu dikatakan mahu pulang ke tanah air.
Penyertaan Nazmi ke PKNS menamatkan cabarannya di kerana dia sebelum ini mengikat kontrak tiga tahun bersama Beira Mar bermula Julai lalu.
Sepanjang bersama kelab berpangkalan di Aveiro itu, Nazmi disenaraikan bersama skuad bawah 19 tahun.
Astro Awani
Fri Feb 01 2013
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
JDT ikrar pertahan rekod bersih musim ini
JDT mahu pertahan rekod tanpa kalah musim ini selepas berjaya mengesahkan kejuaraan keenam Liga Super semalam.
Kelayakan Piala Asia: Malaysia akhiri saingan di tangga tercorot
Malaysia mengakhiri saingan Kumpulan B kelayakan Piala Asia 2019 di tangga tercorot selepas tewas 2-1 kepada Lubnan malam tadi.
Nazmi Faiz perlu bijak kawal emosi - Zainal Abidin Hassan
Muhammad Nazmi Faiz Mansor perlu bijak mengawal emosi ketika berada di atas padang, kata Ketua Jurulatih Selangor Zainal Abidin Hassan.
Nazmi Faiz digantung 6 perlawanan kerana meludah
Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang didapati bersalah meludah pemain Kelantan pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, 19 Ogos lepas.
Khairy ingatkan pemain Harimau Muda jangan lakukan 'tindakan bodoh'
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengingatkan pemain Harimau Muda tidak melakukan tindakan bodoh yang boleh menjejaskan prestasi mereka ketika beraksi dalam perlawanan.
Muhammad Nazmi sah sertai Selangor, tinggalkan PKNS FC
Bekas pemain Harimau Muda A, Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang beraksi dengan kelab Liga Super Selangor PKNS FC, bakal menyarung jersi Selangor dalam pusingan kedua Liga Super musim ini.
Nazmi Faiz terima keputusan FAM dengan hati terbuka
Pemain remaja sensasi kebangsaan, Nazmi Faiz menerima dengan hati terbuka keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM yang hanya membenarkan dia beraksi dalam saingan Liga Super pada April.
Krisis kewangan punca Nazmi Faiz pulang ke Malaysia?
Meskipun PKNS Selangor sudah mengesahkan kemasukan Nazmi bersama kelab itu, persoalan utama,iaitu mengapa dia mahu menamatkan kontrak dengan S-C Beira Mar, tidak dijawab.
Nazmi Faiz mengaku sukarela tamatkan kontrak dengan kelab Portugal
Selepas heboh mengenai kepulangan mengejut Nazmi Faiz Mansor ke tanah air, pemain itu tampil membuat penjelasan bagi menjawab persoalan yang bermain kalangan peminat sukan tempatan.
Nazmi Faiz kini milik PKNS Selangor
Perkara itu disahkan presiden PKNS, Noor Hisham Gouth ketika dihubungi Astro Awani.