KUALA LUMPUR: Pengadil bola sepak profesional negara Muhammad Nazmi Nasaruddin bersama dua pembantunya, mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang mengadili perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023/24, mengunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR), semalam.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Muhammad Nazmi bersama pembantu Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid, mengadili perlawanan antara Buriram United dan Zhejiang FC yang berlangsung di Thailand.
"AFC (Piala Konfederasi Asia) dan FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa), telah menetapkan syarat yang mana semua pengadil yang dilantik untuk perlawanan tertinggi AFC dan FIFA, wajib memiliki lesen VAR. Nazmi telah memiliki lesen pengadil VAR sebelum ini melalui program latihan VAR di Arab Saudi pada Ogos lalu.
"Nazmi dan dua pembantunya itu akan terus dilantik untuk beberapa perlawanan AFC yang menggunakan VAR," menurut kenyataan itu.
FAM juga memaklumkan, sebelum ini AFC juga telah memilih Muhammad Nazmi dan dua pembantunya itu untuk mengalas tugas pada Piala Asia 2023 di Qatar, pada Januari 2024.
Dalam pada itu, FAM memaklumkan pihaknya kini giat menjalankan latihan dan pendidikan VAR kepada 40 orang pengadil, yang dijangka akan tamat pada penghujung Disember ini.
"Perkembangan ini jelas menggambarkan inisiatif Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, yang berhasrat meletakkan FAM dan pengadil Malaysia di peringkat tertinggi di Asia dan dunia.
"Semoga pengadil bola sepak Malaysia akan terus diiktiraf di pentas tertinggi FIFA dan AFC," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023
Muhammad Nazmi bersama pembantu Mohamad Zairul dan Mohd Arif mengadili perlawanan antara Buriram United dan Zhejiang FC yang berlangsung di Thailand. - Facebook Football Association of Malaysia
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Aksi Perak-JDT: FAM rehatkan dua pengadil bertugas
Kedua-dua pengadil itu gagal membuat keputusan yang tepat berhubung insiden situasi penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84.
EURO 2024: Selepas kejadian bersama Jose Mourinho, Anthony Taylor terima lagi 'serangan'
Anthony Taylor menerima penghinaan ketika di bilik persalinannya oleh barisan kejurulatihan pasukan Jerman.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Nazmi dipilih adili aksi Uzbekistan-Thailand
Muhammad Nazmi akan dibantu dua pembantu pengadil dari Malaysia, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid.
City didenda RM713,000 kerana kepung pengadil
Persatuan Bola Sepak (FA) England telah mendenda City selepas mereka mengakui pemain mereka berkelakuan tidak wajar.
Pengadil cedera dipukul tiga lelaki dalam perlawanan bola sepak
Mangsa yang berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan kaki akibat ditendang tiga lelaki berkenaan.
FAM hantar enam pengadil muda berguru di Arab Saudi
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) komited meningkatkan mutu pegawai perlawanan tempatan apabila menghantar enam pengadil muda negara berguru di Dammam, Arab Saudi bermula esok hingga 27 Okt ini.
VAR rumitkan permainan bola sepak - Postecoglou
Kumpulan pengadil Pegawai Perlawanan Permainan Profesional Ltd sebelum itu mengakui keputusan pegawai pertandingan adalah tidak tepat.
Nazmi, Zairul dan Arif pengadil Malaysia pertama adili ACL guna VAR
Muhammad Nazmi bersama pembantu Mohamad Zairul dan Mohd Arif mengadili perlawanan antara Buriram United dan Zhejiang FC yang berlangsung di Thailand.