awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buruh Myanmar mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Peletakan jawatan pemimpin PN bukti kerapuhan parti - AMK Johor
Mujahid, Takiyuddin capai persetujuan tamat saman fitnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Neymar direhat 6 ke 8 minggu kerana cedera buku lali

Astro Arena
Astro Arena
30/11/2021
01:54 MYT
Neymar direhat 6 ke 8 minggu kerana cedera buku lali
Paris Saint-Germain (PSG) mengesahkan bahawa Neymar akan diketepikan selama enam hingga lapan minggu gara-gara kecederaan buku lali. -Gambar fail/Reuters
PARIS Saint-Germain (PSG) mengesahkan bahawa Neymar akan diketepikan selama enam hingga lapan minggu gara-gara kecederaan buku lali.
Bintang Brazil itu diusung keluar sewaktu pasukannya menewaskan Saint-Etienne 3-1 hujung minggu lalu dan dilihat meninggalkan stadium dengan bertongkat.
Ketua jurulatih PSG, Mauricio Pochettino, berkata dia tidak menjangkakan ia satu kecederaan serius tetapi hasil ujian menunjukkan bahawa ligamen buku lali Neymar terseliuh dan memerlukan waktu rehat panjang.
PSG berkata perkembangan terkini mengenai proses pemulihan pemain itu akan diketahui minggu ini.
Jika Neymar terpaksa diketepikan selama dua bulan, dia akan terlepas lapan perlawanan dalam kesemua kejohanan, termasuk aksi PSG di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Club Brugge dan kunjungan ke laman Lyon dalam saingan Ligue 1 pada 8 Januari depan.
Pemain berusia 29 tahun itu bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaiknya sepanjang musim 2021-22 dengan hanya menghasilkan tiga gol dan tiga bantuan jaringan sepanjang 14 penampilan dalam kesemua kejohanan.
Topic Berkaitan
#Neymar
#PSG
#kecederaan buku lali
#Bintang bola sepak Brazil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan