Liz Irving, jurulatih kepada Datuk Nicol David, percaya ratu skuasy Malaysia itu akan mampu merampas kembali kedudukan teratas dalam ranking dunia.
Kedudukan pemain berasal dari Pulau Pinang berusia 32 tahun itu sebagai pemain nombor satu dunia selama 109 bulan berakhir bulan lepas, selepas musuh ketatnya Raneem El Welily dari Mesir merampas posisi itu setelah mengumpul 2,979 mata, 126 mata mengatasi Nicol yang mengutip 2,853 mata.
"Menjadi pemain nombor satu dunia dalam masa begitu lama adalah menakjubkan. Tumpuan beliau terhadap kerjayanya itu amat memberangsangkan.
"Saya tahu dia akan berusaha keras untuk kembali ke sana (sebagai pemain nombor satu dunia)," kata Irving kepada televisyen British, BBC seperti dipetik dalam laman sesawang Persatuan Skuasy Profesional (PSA) www.psaworldtour.com.
Irving, 50, yang berasal dari Australia dan merupakan bekas pemain nombor dua dunia pada akhir 90-an, juga memuji kesungguhan yang ditunjukkan Nicol, sambil menegaskan bahawa juara 79 kali Jelajah Dunia PSA itu mempunyai keupayaan dalam berdepan detik-detik sukar itu.
"Ia sesuatu yang menakjubkan (mendahului ranking dunia selama lebih sembilan tahun). Beliau pemain yang hebat. Dedikasi, kesungguhan dan disiplin beliau sangat menakjubkan. Dia sudah tentu melebihi semua jangkaan.
"Apabila mula bekerjasama, tidak pernah termimpi bahawa beliau akan mencapai kejayaan sejauh ini," kata Irving.
Beliau juga yakin Nicol akan kembali bangkit selepas mengalami kekalahan mengejut kepada juara remaja dunia, Nouran Gohar dari Mesir pada saingan suku akhir Terbuka China, minggu lepas.
Nicol akan menebus kekecewaannya di China itu pada Terbuka Macau yang bakal berlangsung selama lima hari, bermula 15 September di mana pemain nombor satu Malaysia itu akan berdepan rakan sepasukanDelia Arnold pada pusingan pertama.
Astro Arena
Thu Sep 10 2015
Nicol akan menebus kekecewaannya di China itu pada Terbuka Macau yang bakal berlangsung selama lima hari, bermula 15 Sept, di mana pemain nombor satu Malaysia itu akan berdepan rakan sepasukanDelia Arnold pada pusingan pertama. - Gambar Astro ARENA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara