awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inisiatif pembiayaan KUSKOP perkukuh akses pembiayaan PMKS - FMM
Guru obesiti 350kg terlantar dalam bilik air
12 hektar hutan tanah gambut di Muar terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nidzam puji semangat juang pemain, sokongan ribuan penyokong jadi pemangkin NSFC

Bernama
Bernama
25/08/2025
00:00 MYT
Nidzam puji semangat juang pemain, sokongan ribuan penyokong jadi pemangkin NSFC
Menurut Mohd Nidzam, aksi berdepan The Red Giant, yang dianggap antara pasukan terbaik liga membuktikan NSFC semakin matang, walaupun baharu sembilan minggu dibentuk di bawah kendaliannya.
SEREMBAN: Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), Mohd Nidzam Jamil memuji semangat juang tinggi ditampilkan pasukannya, sehingga menundukkan Selangor FC 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.
Mohd Nidzam berkata, sokongan padu kira-kira 25,000 penyokong itu turut menjadi pembakar semangat pasukan untuk menguasai perlawanan, meskipun terpaksa berhempas pulas pada 10 minit terakhir sebelum meraih kemenangan.
Beliau berkata, aksi berdepan The Red Giant, yang dianggap antara pasukan terbaik liga membuktikan NSFC semakin matang, walaupun baharu sembilan minggu dibentuk di bawah kendaliannya.
"Saya gembira dengan cara pemain bangkit pada babak kedua dengan terus menekan pihak lawan untuk mendapatkan jaringan.
"Kita akui bukan mudah berdepan pasukan yang baik seperti Selangor...masih banyak ruang penambahbaikan perlu dilakukan. Namun, kemenangan pertama di tempat sendiri ini sangat penting," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan semalam.
Beliau berkata, sikap pemain senior turut menjadi tonggak penting untuk membimbing rakan sepasukan baharu, sekali gus memberi keseimbangan dalam permainan.
Mengulas mengenai kelebihannya yang pernah membimbing pasukan Selangor, Mohd Nidzam mengakui, sedikit sebanyak mengenali corak permainan bekas pasukan itu, namun menegaskan, kemenangan NSFC adalah hasil disiplin pemain di atas padang.
"Selangor pasukan yang bagus, Walaupun saya pernah melatih mereka, itu tidak menjamin kemenangan. Kejayaan NSFC datang daripada disiplin dan peranan pemain yang melaksanakan tugas dengan baik," katanya.
Pada perlawanan semalam, NSFC bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Selangor 2-1 hasil dua jaringan lewat permainan penyerang import Jepun Mio Tsuneyasu pada minit ke-82 dan 90+2.
NSFC kini menghuni tangga keenam liga dengan tiga mata, diikuti Selangor FC di kedudukan ketujuh dengan jumlah mata sama, manakala Johor Darul Ta'zim (JDT) kekal di puncak carta dengan sembilan mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Negeri Sembilan FC
#NSFC
#Mohd Nidzam Jamil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan