awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan diwartakan cuti am 2026
Thailand hantar pulang 18 tentera Kemboja - Kementerian Luar
Satelit terbesar dunia dilancar, sambungan 5G terus dari angkasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Norza ketuai jawatankuasa Program Gold Paris 2024

Bernama
Bernama
07/07/2022
22:15 MYT
Norza ketuai jawatankuasa Program Gold Paris 2024
Mohamad Norza dipilih mengetuai Jawatankuasa Pemantauan Program Gold Paris 2024 yang baharu ditubuhkan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengetuai Jawatankuasa Pemantauan Program Gold Paris 2024 yang baharu ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan dan keberkesanan program itu.
Jawatankuasa itu turut dianggotai legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei bersama lapan anggota lain yang bertanggungjawab memberi pandangan untuk penambahbaikan program dan mengenal pasti isu atau masalah untuk dibentangkan kepada Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN).
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN di Bukit Jalil semalam.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Chong Wei atas lantikan sebagai ahli baharu Lembaga Pengurus MSN bagi penggal ke-23 bersama seorang lagi ikon sukan negara iaitu bekas perenang Nurul Huda Abdullah.
Menerusi kenyataan sama, Ahmad Faizal turut memaklumkan mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal Sukan Malaysia XX MSN 2022 telah memutuskan untuk menggugurkan 12 acara berikutan kurang penyertaan daripada kontinjen negeri.
Beliau berkata pengguguran itu terpaksa dibuat berikutan syarat penganjuran apabila jumlah penyertaan kurang daripada enam kontinjen.
"Acara yang digugurkan ialah lima acara sukan terjun terdiri daripada 1 meter (m) papan anjal, 3m papan anjal, 10m platform, 3m papan anjal seirama dan 10m platform seirama wanita serta dua acara kanu, masing-masing satu daripada sukan karate, olahraga, tinju, angkat berat dan judo.
"Bagaimanapun, bagi atlet negeri yang terlepas peluang bertanding di Sukma XX MSN 2022, MSN dan persatuan berkenaan akan memastikan mereka dapat menyertai kejohanan remaja masing-masing bagi memberi peluang pendedahan kepada atlet-atlet negeri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Norza Zakaria
#Program Gold Paris 2024
#Lee Chong Wei
#Sukma XX MSN 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan