awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nwakaeme tinggalkan Tok Gajah?

Bernama
Bernama
07/11/2020
08:16 MYT
Nwakaeme tinggalkan Tok Gajah?
Nwakaeme yang berasal dari Nigeria sedia bertanggungjawab di atas kekalahan dihadapi skuad Pahang di Stadium Darul Aman malam tadi. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Penyerang Pahang, Dickson Nwakaeme memberi bayangan bakal meninggalkan skuad Tok Gajah akhir musim ini, selepas kekalahan 2-3 kepada pasukan Kedah pada aksi Piala Malaysia, semalam.
Pemain berusia 34 tahun dari Nigeria itu berkata, beliau sedia bertanggungjawab di atas kekalahan dihadapi skuad Pahang di Stadium Darul Aman malam tadi dan meminta agar peminat bola sepak Pahang tidak mengkritik pemain lain.
"Jika mahu berkata sesuatu, katakan kepada saya bukan pemain lain. Dalam keadaan baik, semua menyebut nama saya dan saya gembira. Saya juga mahu dikritik kerana rakan-rakan sepasukan saya telah berikan segalanya (untuk perlawanan).
"Cuma kami tidak bernasib baik untuk menang ke atas pasukan bagus. Saya sentiasa berikan yang terbaik apabila menyarung jersi Pahang. Namun, kadang-kadang yang terbaik itu tidak mencukupi. Lebih menyedihkan ini adalah perlawanan terakhir saya bersama Pahang," katanya dalam hantaran di Instagramnya.
Pada perlawanan malam tadi, tuan rumah mendahului selesa dengan kedudukan 3-0 pada babak pertama menerusi jaringan Muhammad Shakir Hamzah pada minit ke-17, diikuti gol Kpah Sherman dan Kipre Tchetche masing-masing pada minit ke-36 dan 44.
Pahang bangkit pada separuh masa kedua menerusi gol Muslim Ahmad pada minit ke-49 dan Mohd Faizal Abdul Rani pada minit ke-88.
Pahang sebelum itu dihadiahkan sepakan penalti namun gagal disempurnakan oleh Nwakaeme untuk gol kedua pasukan.
Nwakaeme kembali menyarung jersi Pahang pada 2019 dan membuktikan beliau adalah penyerang berbisa musim lepas setelah meledak 19 gol bersama Pahang, termasuk sembilan gol dalam saingan Piala Malaysia.
Nwaekaeme yang digelar 'Orang Besi' dalam kalangan rakan sepasukan menyifatkan Pahang adalah kampung keduanya kerana pernah mencipta kejayaan manis menjulang Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih pada 2014. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dickson Nwakaeme
#Nwakaeme
#skuad Tok Gajah
#penyerang Pahang
#Pahang
#Nigeria
#Piala Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan