awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Objek disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai di Pekan
VM2026 di KL Sentral: Pelawat teruja terima cenderamata, akui rakyat Malaysia peramah
VM2026: LADA rancang 50 acara besar, tonjol tarikan asli Langkawi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpian negara dapat penghormatan di Hari Kebangsaan

Astro Arena
Astro Arena
31/08/2016
06:31 MYT
Olimpian negara dapat penghormatan di Hari Kebangsaan
Permulaan perarakan segmen sukan bagi sambutan peringkat kebangsaan kali ini, menawarkan semangat yang bakal dibawa kontinjen Sukan Sea 2017. - Foto Bernama
Olimpian negara diberi penghormatan menjadi lambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-59 dengan Malaysia akhirnya berpeluang berkongsi kejayaan kontinjen Olimpik Rio negara.
Permulaan perarakan segmen sukan bagi sambutan peringkat kebangsaan kali ini, menawarkan semangat yang bakal dibawa kontinjen Sukan Sea 2017.
Berlatar belakangkan lagu kita juara, Dataran Merdeka kemudiannya ghairah dengan kehadiran Olimpian negara, diketuai Datuk Lee Chong Wei.
Kejayaan luar biasa atlet negara di Rio seperti bintang berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, untuk membawa pulang pingat gangsa dalam acara keirin, menjadi pengikat perpaduan rakyat Malaysia.
"Semasa kami bertanding di Olimpik, sokongan daripada rakyat berbilang kaum dan sungguh luar biasa. Mereka memberikan sokongan kepada atlet negara tanpa mengira bangsa dan keturunan.
"Ini menunjukkan bahawa melalui sukan, rakyat Malaysia dapat disatukan," jelas chef-the-mission sukan Olimpik Rio, Tan Sri Al Amin Abdul Majid.
Sukan Malaysia juga berkembang seiring dengan status kemerdekaan negara sejak 1957, dengan Rio menjadi bukti hasil pencapaian terbaik menerusi empat perak dan satu gangsa.
Misi emas Olimpik akan terus membara dengan amanat daripada kontinjen Rio buat penerus legasi di Tokyo 2020, disamping harapan untuk lebih ramai ikon sukan lahir untuk mendukung cabaran itu.
"Banyak usaha-usaha yang telah dibuat. Jadi persatuan-persatuan sukan perlu meningkatkan peranan masing-masing, supaya kejayaan Olimpik Rio bukan satu kejayaan pertama dan terakhir.
"Perlu dilihat juga adalah kejayaan untuk mendapatkan pingat yang lebih banyak dan terus berjaya di Olimpik yang akan datang," tambah Tan Sri Al Amin.
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#Hari Kebangsaan
#Hari Merdeka
#Lee Chong Wei
#olimpian
#Sehati Sejiwa
#Tan Sri Al Amin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan