KUALA LUMPUR: Berbaki kurang dua minggu menjelang temasya Sukan Olimpik Paris 2024, ketua jurulatih skuad berbasikal trek kebangsaan John Beasley mengakui masih banyak perlu dilakukan bagi mempersiapkan pelumba wanita Nurul Izzah Izzati Mohd Asri untuk bersaing.
Bagi meningkatkan keupayaan dan kelajuan, Beasley menekankan pentingnya menganalisis video untuk memperhalusi kelebihan taktikal dimiliki pelumba wanita berusia 20 tahun itu di trek.
"Persediaan Nurul Izzah berjalan lancar seperti diharapkan. Keputusan untuk memperbaiki (taktikal) mengambil lebih masa berbanding kelayakannya ke Paris, namun sekurang-kurangnya dia mempunyai lebih banyak masa untuk memperbaiki isu-isu taktikal yang timbul.
"Kita juga sedang memperbaiki teknik kayuhan di selekoh, secara teknikalnya masih banyak ruang untuk meningkatkan kelajuannya," katanya kepada Bernama.
Walau tidak meletakkan sasaran khusus, Beasley yakin perlumbaan di Paris akan mempersiapkan 'The Pocket rocketwoman' itu bagi penyertaan seterusnya di Olimpik Los Angles 2028 (LA 2028).
Menurut Beasley, pada usia Nurul Izzah yang masih muda kerjaya dalam sukan berbasikal trek masih baru, selepas menyertai program itu dua tahun lepas dengan kira-kira 20 perlumbaan disertainya.
"Nurul Izzah masih baru pada perlumbaan antarabangsa. Sekurang-kurangnya 50 perlumbaan perlu disertai sebelum dapat memahami apa yang anda lakukan dan di mana anda perlu berada pada masa tertentu dalam perlumbaan.
"Kemudian, barulah anda dapat memahami kekuatan dan kelemahan, dan bagaimana menggunakan keupayaan itu untuk berdepan lawan," katanya.
Nurul Izzah bersama-sama Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom di Olimpik Paris dan acara berbasikal trek akan membuka tirai pada 5 Ogos di Saint-Quentin-en-Yvelines Velodrome.
Ketika ini, skuad berbasikal trek negara sedang membuat persiapan akhir di Mallorca sebelum berlepas ke Paris pada 1 Ogos.
Sukan Olimpik Paris 2024 berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024

Beasley yakin perlumbaan di Paris akan mempersiapkan Nurul Izzah bagi penyertaan seterusnya di Olimpik Los Angles 2028 (LA 2028). - Gambar/ Bernama
Pasangan panda gergasi Fu Wa, Feng Yi dihantar pulang ke China bulan depan - NRES
Pasangan panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP) Zoo Negara sejak 2014 akan dihantar pulang ke China pada Mei ini, menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Keistimewaan lokan bakar, puding kelapa 'permata kulinari' di Tuaran
Keenakan lokan bakar yang dimakan bersama sambal kicap dan kesegaran puding kelapa - menjadi tarikan para pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke Kampung Salut, Tuaran.

Pesara rugi lebih RM311,000 angkara ditipu pelaburan tidak wujud
Wanita berusia 66 tahun itu mendakwa telah memuat turun aplikasi diberikan suspek bagi tujuan pelaburan tersebut.

Kertas siasatan kes ilustrasi Jalur Gemilang dirujuk ke Peguam Negara - KPN
Kertas siasatan membabitkan akhbar Sin Chew Daily berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar berkenaan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

Perang dagang AS-China: Antara selera dan sentimen, sisi berbeza warga Beijing
Sebagai wartawan, sudah tentu saya telah banyak menulis dan membaca laporan berkaitan perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS).
Kerjasama BN-PH tidak jejas kestabilan
Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata Pengumuman kerjasama antara BN dan PH oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, tidak akan menjejaskan kestabilan kerajaan negeri Sabah.

Isu boikot latihan: MA utamakan kebajikan atlet, harap latihan diteruskan
Olahraga Malaysia (MA) menegaskan kebajikan atlet negara akan terus menjadi keutamaan susulan isu mogok latihan yang dikendalikan oleh Pengarah Teknikal Olahraga Malaysia Robert Ballard.
GRS akan tentukan kerjasama terbaik demi capai mandat
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) akan menentukan sendiri siapa rakan mereka dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang.
45 pekerja restoran arab popular Bukit Bintang ditahan
Kesemua mereka yang ditahan merupakan pekerja sebuah restoran makanan Arab popular di Bukit Bintang.
[TERKINI] Kertas siasatan membabitkan Sin Chew Daily lengkap
Kertas siasatan membabitkan akhbar Sin Chew Daily berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar berkenaan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.

Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.

Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.

'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
PEARLY Tan dan M Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.

Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.

Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.