PARIS: Legenda tenis, Rafael Nadal terpaksa melupakan impian untuk menambah koleksi pingat di Sukan Olimpik selepas tewas kepada Novak Djokovic 6-1, 6-4 dalam pusingan kedua, demikian laporan Agensi Berita Jerman (dpa).
Walaupun Nadal masih beraksi dalam acara beregu bersama Carlos Alcaraz, harapan untuk melihat aksi beliau di gelanggang dalam acara perseorangan masih menjadi tanda tanya.
Nadal, 38, yang sering dihimpit kecederaan menyuarakan kemungkinan ini musim terakhirnya. Setelah tersingkir awal di Terbuka Perancis dan mengelak daripada Wimbledon serta kekalahan ini, spekulasi mengenai penyertaannya di Terbuka Amerika Syarikat (AS) semakin hangat diperkatakan.
Djokovic, mendahului dengan rekod 24 gelaran Grand Slam lelaki, manakala Nadal kedua dalam senarai rekod sepanjang zaman dengan 22 gelaran. Nadal yang tidak mendapat pengecualian untuk Sukan ini, terpaksa berdepan dengan Djokovic yang berada dalam prestasi terbaiknya.
Djokovic menguasai permainan sejak awal dengan mendahului 2-0 dalam set pertama di Court Philippe Chatrier, tempat Nadal pernah berjaya memenangi Terbuka Perancis sebanyak 14 kali.
Juara perseorangan Olimpik 2008 itu hanya mampu memberi sedikit saingan ketika beliau bangkit daripada ketinggalan 0-4 menjadi 4-4 dalam set kedua.
Djokovic yang masih belum memiliki pingat emas Olimpik, kini semakin hampir untuk memenuhi koleksi kejayaannya setelah memenangi Terbuka Perancis tiga kali. Beliau akan bertemu Dominik Koepfer dari Jerman atau Matteo Arnaldi dari Itali pada pusingan ketiga.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024
Rafael Nadal terpaksa melupakan impian untuk menambah koleksi pingat di Sukan Olimpik selepas tewas kepada Novak Djokovic 6-1, 6-4. - Foto AP
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tenis: Jannik Sinner rangkul gelaran Terbuka AS
Jannik Sinner berjaya mengatasi kontroversi skandal anti-doping untuk memenangi gelaran Terbuka Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama.
Djokovic, Alcaraz berentap di pentas final tenis Olimpik 2024
Djokovic menewaskan pemain Itali, Lorenzo Musetti, manakala Alcaraz menyingkirkan pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime.
Olimpik Paris 2024: Impian Nadal berakhir selepas kekalahan teruk kepada Djokovic
Rafael Nadal terpaksa melupakan impian untuk menambah koleksi pingat di Sukan Olimpik selepas tewas kepada Novak Djokovic 6-1, 6-4.
Olimpik Paris: Nadal mara pusingan kedua, bertemu Djokovic
Nadal meraih kemenangan di Roland Garros, menewaskan Fucsovics 6-1, 4-6, 6-4 dalam perlawanan selama dua jam setengah.
Sensasi Alcaraz pertahan gelaran Wimbledon
Di sebalik kemenangan 6-2, 6-2, 7-6(4), Alcaraz tetap percaya lawan dari Serbia itu kekal sebagai 'Superman' dalam arena tenis dunia.
Paris 2024: Nadal sah tidak sertai Wimbledon untuk fokus pada Olimpik
Pemenang 22 gelaran utama itu akan bertanding dalam acara perseorangan lelaki dan beregu lelaki, di gelanggang tanah liat Roland-Garros.
Tenis: Jannik Sinner juara Terbuka ABN Amro
Selepas memenangi Terbuka Australia pada Januari, Sinner datang ke Rotterdam dengan penuh keyakinan dan menjadi pilihan utama.
Terbuka Australia: Sabalenka tundukkan Lesia
Aryna beraksi di Melbourne Park tanpa negara rasmi berikutan pemain Rusia dan Belarus dilarang bertanding oleh penganjur.
Piala Davis: Jannik Sinner bantu Itali julang kejuaraan pertama sejak 1976
Pemain nombor empat dunia itu menewaskan Djokovic dan kemudiannya Alex De Minaur pada hari Ahad untuk meraih kemenangan 2-0.
Djokovic menang jelajah akhir ATP ketujuh di Itali
Novak Djokovic memenangi kejuaraan Jelajah Akhir ATP ketujuhnya dengan penuh bergaya, menewaskan pemain tuan rumah Jannik Sinner.